Google Website Translator Gadget

Sunday, August 31, 2014

Proton Global Small Car : Perbandingan Harga Kereta di Thailand

Salam Ulangtahun Kemerdekaan Malaya.

Pada hari ini syarikat Proton telah mengetengahkan model kereta terbaharunya melalui laman web http://www.betulbetulonz.com.my/ . Model kereta ini sebagai produk Proton untuk pasaran Global Small Car (Kereta Kecil Global). Tahniah kepada Proton kerana menghasilkan model baharu ini.

Menurut laman sesawang pemotoran http://paultan.org/ , model terbaharu dari Proton ini adalah dalam kategori Hatchback dan akan mempunyai transmisi manual dan automatik. Ianya pada segmen B menyaingi model Perodua MyVi. Proton memaklumkan kepada media model ini akan menggunakan enjin berkapasiti 1.3 dan 1.6 yang dibangunkan Proton, serta menggunakan teknologi VVT (variable valve timing). Harga belum dimuktamadkan, tetapi terdapat andaian ianya sedikit lebih mahal dari model Perodua MyVi disebabkan ciri-ciri yang ditawarkan pada model ini.

Model Perodua MyVi enjin berkapasiti 1300 cc dipasarkan di Malaysia pada harga dari RM 41,936 untuk transmisi manual dan dari RM 44,936 untuk transmisi automatik. Manakala model Proton Saga enjin berkapasiti 1300 cc dipasarkan pada harga dari RM 33,938 untuk transmisi manual dan dari RM 36,938 untuk transmisi automatik CVT. Walaupun harga Proton Saga adalah RM 8,000 lebih rendah dari Perodua MyVi, tetapi jualan MyVi melebihi jualan Proton Saga.

Sebagai sebuah model yang dilabelkan Global Small Car, Proton akan mensasarkan pasaran antarabangsa bagi model ini. Kebiasaannya pasaran serantau akan menjadi sasaran awal untuk menembusi pasaran antarbangsa. Pada artikel blog ini, perbandingan telah dibuat untuk pasaran kereta di Thailand, iaitu pasaran kereta kedua terbesar serantau ini selepas Malaysia.

Jadual Perbandingan Harga Kereta di Thailand


Terdapat 13 model dan variasi bagi kategori hatchback di pasaran Thailand dengan harga dalam lingkungan RM 38,370 sehingga RM 49,023. Purata harga adalah RM 42,932. Untuk makluman jenama Perodua dan Daihatsu tidak terdapat di pasaran Thailand. Sekiranya Proton memasuki pasaran Thailand dengan model baharu ini, ianya akan bertentangan dengan saingan yang lebih kompetitif dan lebih hebat dari pasaran Malaysia.

Sebagai perbandingan, pada pasaran Thailand hanya terdapat 6 model dan variasi dari jenama lain bagi kategori sedan dengan harga dalam lingkungan RM 42,316 sehingga RM 48,234. Purata harga adalah RM 45,603. Jenama Proton turut dipasarkan di Thailand dan harga model Proton Saga adalah lebih rendah berbanding dengan saingannya dalam kategori sedan dan hatchback.

Menerusi analisa ini, model Proton Saga menampakkan sebagai model sebenar untuk Proton menembusi pasaran Global Small Car dari segi harga. Namun faktor lain seperti kualiti, sokongan selepas jualan dan promosi mungkin menyebabkan jualan kereta Proton menjadi hambar.

Proton mungkin mempunyai sebab tertentu untuk menghasilkan model baharu ini dalam kategori hatchback, tetapi pengalaman kegagalan model Proton Tiara dan Proton Savvy dalam kategori ini, meyakinkan saya Proton telah membuat kesilapan dalam keputusannya untuk mengenalkan model baharu ini. Sebaliknya Proton sepatutnya memperbaiki model-model sediaada, terutamanya Proton Saga, untuk menembusi pasaran global.


Rujukan:
  1. Laman sesawang http://www.betulbetulonz.com.my/ pada 31 Ogos 2014
  2. Muka sesawang http://paultan.org/2014/08/31/proton-compact-car-first-full-body-photo-released/ pada 31 Ogos 2014
  3. Laman sesawang http://www.siamnewcar.com/home_en.php pada 31 Ogos 2014
  4. Muka sesawang http://www.nst.com.my/node/25824 pada 23 Ogos 2014
  5. Laman sesawang http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi/price pada 31 Ogos 2014
  6. Laman sesawang http://www.protonthailand.com/index.php?action=saga_price&lang=en pada 31 Ogos 2014

Sunday, June 15, 2014

Kecacatan Algoritma Sistem Tempahan Malaysia Airlines (MAS) Antara Sebab MAS Rugi.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan kerugian RM 1.7 billion bagi tahun 2013. Banyak sebab bagi kerugian berkenaan dan juga cadangan penyelesaian telah diketengahkan.

Pada pendapat saya, antara sebab adalah kadar tambang yang murah sehingga menyebabkan pendapatan tidak dapat menampung kos syarikat. Dalam tugas saya di pejabat, saya dapati kadar tambang MAS seringkali adalah lebih murah jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain bagi laluan domestik. Sehinggakan saya telah tetapkan polisi di syarikat supaya menempah tiket MAS bagi semua penerbangan domestik dan hanya bila tiket MAS sudah tiada boleh memilih syarikat penerbangan Malindo, AirAsia, atau Firefly. Polisi ini dianggarkan telah menjimatkan purata RM 200 bagi setiap penerbangan.

Bagi kami, semua tempahan dan perbandingan harga dibuat melalui sistem tempahan tiket online syarikat penerbangan masing-masing. Sistem online MAS seolah terdapat kecacatan atau kelemahan prosedur dimana seringkali lebih murah dari sistem-sistem lain.

Saya telah menggunakan teknik ETL yang dapat mengautomasikan pengambilan data dari sistem online untuk mendapatkan harga tambang bagi beberapa penerbangan domestik dan disenaraikan dalam jadual berikut. Harga AirAsia telah ditambah RM30 untuk bagasi dan ditambah RM4 untuk caj pembayaran melalui kad debit, tetapi tidak termasuk harga makan.

Syarikat
Penerbangan
Tarikh
Harga
MAS
KUL-AOR
23. Jun. 2014
120
AirAsia
KUL-AOR
23. Jun. 2014
73
Firefly
SZB-AOR
23. Jun. 2014
89
Malindo
SZB-AOR
23. Jun. 2014
109
MAS
AOR-KUL
27. Jun. 2014
145
AirAsia
AOR-KUL
27. Jun. 2014
123
Firefly
AOR-SZB
27. Jun. 2014
109
Malindo
AOR-SZB
27. Jun. 2014
109
MAS
KUL-BKI
23. Jun. 2014
220
AirAsia
KUL-BKI
23. Jun. 2014
239
Malindo
KUL-BKI
23. Jun. 2014
199
MAS
BKI-KUL
27. Jun. 2014
220
AirAsia
BKI-KUL
27. Jun. 2014
236
Malindo
BKI-KUL
27. Jun. 2014
199
MAS
KUL-LBU
23. Jun. 2014
240
AirAsia
KUL-LBU
23. Jun. 2014
253
MAS
LBU-KUL
27. Jun. 2014
210
AirAsia
LBU-KUL
27. Jun. 2014
293

Mengikut jadual berkenaan, didapati:

  1. Bagi laluan Kuala Lumpur dan Alor Setar, harga MAS adalah tertinggi bersesuaian sebagai syarikat penerbangan premier berbanding AirAsia, Firefly dan Malindo.
  2. Bagi laluan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pula, harga MAS adalah lebih rendah berbanding dengan harga AirAsia. Harga AirAsia tidak termasuk makan,
  3. Bagi laluan Kuala Lumpur dan Labuan, harga MAS juga adalah lebih rendah berbanding dengan harga AirAsia. Harga AirAsia tidak termasuk makan,

Dari pemerhatian ini, saya mencadangkan supaya algoritma sistem tempahan MAS ditambah baik untuk mengambil kira:

  1. Faktor masa. Sebagai contoh penerbangan yang mengambil masa 150 minit (seperti BKI-KUL) sepatutnya 2.5 ganda dari penerbangan 60 minit (seperti AOR-KUL).
  2. Faktor persaingan. Sebagai contoh laluan LBU-KUL tidak mempunyai persaingan selain AirAsia dan tidak mempunyai banyak penerbangan, dan sepatutnya lebih mahal dari laluan BKI-KUL.
  3. Faktor premier. Sebagai syarikat penerbangan premier, harga tambang MAS tidak sepatutnya lebih murah dari AirAsia terutamanya yang tidak mempunyai sajian makan.

Juga saya mencadangkan MAS menggunakan teknik ETL, seperti yang saya gunakan, serta perisian statistik bagi menganalisa persaingan harga pada semua laluannya. Kepakaran tempatan boleh melaksanakannya tanpa bergantung kepada kepakaran dan perisian asing yang berharga jutaan ringgit.

Rujukan:
  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140221/dn_21/Rugi:-Tindakan-MAS-guna-kepakaran--asing-dipersoal 



Sunday, May 18, 2014

ETL Data Harga Koko Dari Laman Web

Extract-Transform-Load (ETL) merujuk kepada teknik bagi komputer untuk mengambil, mengubah dan memuat data dari satu sumber ke suatu pangkalan data.

Dalam artikel ini saya akan berikan nota untuk mengambil dan mengubah data harga koko dari laman web http://www.koko.gov.my/lkm/loader.cfm?page=statisticsFrm.cfm .



Bagi tujuan ini saya gunakan perisian sistem operasi Linux Ubuntu 12.04 dan aplikasi produktiviti pejabat Gnumeric .

Mulakan Terminal, kemudian pada Terminal taip arahan berikut:
wget --post-data "dtmTarikh=`date +%m`/`date +%d`/`date +%Y`&BAHASA=b&selection=daily" http://www.koko.gov.my/lkm/hharian/dailyE.cfm -O `date +%Y%m%d`dailyE.cfm
  1. wget merupakan arahan untuk komputer dapatkan fail
  2. --post-data merupakan fungsi untuk menyertakan pilihan input untuk dtmTarikh, Bahasa dan selection 
  3. `date +%m`/`date +%d`/`date+%Y` adalah fungsi untuk janakan tarikh semasa dalam format mm/dd/YYYY (contohnya 05/16/2014)
  4. http://www.koko.gov.my/lkm/hharian/dailyE.cfm adalah alamat URL bagi laman web berkenaan
  5. -O `date +%Y%m%d`dailyE.cfm adalah fungsi untuk simpankan fail menggunakan nama dailyE.cfm beserta tarikh semasa (contohnya 20140516daily.cfm)
Fail yang telah didapatkan adalah dalam format HTML. Untuk mengubahnya kepada format berjadual gunakan fungsi ssconvert yang terdapat pada aplikasi Gnumeric. Pada Terminal taip arahan berikut:
/usr/bin/ssconvert --import-type=Gnumeric_html:html --export-type=Gnumeric_stf:stf_assistant -O 'separator=| format=raw quote="" eol=windows' `date +%Y%m%d`dailyE.cfm dailyE_cfm.csv

  1. ssconvert adalah fungsi untuk mengubah fail dari satu format ke format yg lain
  2. --import-type=Gnumeric_html:html adalah fungsi untuk nyatakan format asal fail iaitu format HTML
  3. --export-type=Gnumeric_stf:stf_assistant adalah fungsi untuk nyatakan format untuk diubahkan kepada iaitu format berjadual
  4. -O 'separator=| format=raw quote="" eol=windows' adalah pilihan opsyen ciri-ciri format berjadual berkenaan yang mudah difahami oleh komputer
  5. `date +%Y%m%d`dailyE.cfm adalah nama fail asal yang telah disertakan tarikh semasa
  6. dailyE_cfm.csv adalah nama bagi fail yang telah diubah dalam format berjadual csv

Hasilnya adalah data yang tersusun dalam format berjadual yang senang untuk dimuat masuk ke pangkalan data.

Thursday, March 20, 2014

Flight Transponders

Short notes on flight transponders

American Airlines Flight 11 Boeing 767-223ER: Transponder stopped transmitting at 8.20 am, 11 Sep 2001. Collided into World Trade Centre North Tower at 8.46 am.
(reference: http://911research.wtc7.net/planes/attack/flight11.html )

American Airlines Flight 175 Boeing 767-222: Transponder stopped transmitting at 8.46 am, 11 Sep 2001. Collided into World Trade Centre South Tower at 9.03 am.
(reference: http://911research.wtc7.net/planes/attack/flight175.html )

American Airlines Flight 77 Boeing 757-223: Transponder stopped transmitting at 8.56 am, 11 Sep 2001. Collided into the Pentagon at 9.37 am.
(reference: http://911research.wtc7.net/planes/attack/flight77.html )

American Airlines Flight 93 Boeing 757-200: Transponder stopped transmitting at 9.30 am, 11 Sep 2001. Shot down, allegedly, short of the Capital at 10.06 am.
(reference: http://911research.wtc7.net/planes/attack/flight93.html )

Malaysian Airlines Flight MH370 Boeing 777-200ER: Transponder stopped transmitting at 1.21 am, 8 Mar 2014. Presently, unknown.
(reference: http://www.reuters.com/article/2014/03/17/us-malaysia-airlines-disappearance-insig-idUSBREA2G14020140317 )


Further reading:

  1. http://articles.economictimes.indiatimes.com/2014-03-18/news/48330806_1_air-traffic-controllers-radar-small-planes
  2. http://news.nationalpost.com/2014/03/18/flight-mh370-went-missing-after-transponder-was-shut-off-why-do-planes-even-have-an-off-switch-for-crucial-device/
  3. http://www.cnbc.com/id/101500055
  4. http://www.buzzfeed.com/dorsey/cnn-shows-potential-hijackers-how-to-turn-off-a-boeing-777s
  5. http://youtu.be/OatVLcG8YLw 

Thursday, April 25, 2013

BB 9900 vs SE G900 Untuk Microsoft Live

Saya mempunyai satu account email myemail.my yang menggunakan perkhidmatan Microsoft Live. Microsoft Live juga menjadi enjin bagi perkhidmatan Hotmail dan Outlook.com.
Saya juga mempunyai smartphone BB model 9900, tetapi peliknya walaupun ianya smartphone yang berteknologi moden yang dibangunkan untuk pengguna business user, ianya mempunyai kelemahan yang ketara bagi pengguna Microsoft Live:

  1. Email yang dihantar melalui smartphone BB tidak kelihatan pada Microsoft Live
  2. Email yang dihantar melalui Microsoft Live tidak kelihatan pada smartphone BB
  3. Calendar yang dicatat melalui smartphone BB tidak kelihatan pada Microsoft Live
  4. Calendar yang dicatat melalui Microsoft Live tidak kelihatan pada smartphone BB 

Sebaliknya pada handphone SE G900 yang lama, semuanya berfungsi dengan baik, termasuk 4 perkara di atas.

Terasa sungguh kecewa dengan smartphone BB.

Sunday, April 7, 2013

Koleksi Foto Ziarah dan Umrah Bersama FEHM

Syukur, pada 22-31 Mar 2013 yang lepas, saya dapat turut serta bersama mengerjakan ziarah dan umrah bersama kumpulan syarikat FEHM. Ini merupakan perjalanan kali pertama ke Madinah dan Mekah. Berikut adalah koleksi foto yang sempat saya ambil.
Raja Mahmud di KLIA menuju ke pesawat Emirates Airbus A380 untuk ke Dubai kemudian ke Madinah

Raja Iskandar di KLIA menuju ke pesawat Emirates Airbus A380 untuk ke Dubai kemudian ke Madinah

Raja Mahmud dan Mohd Fazmi di KLIA menuju ke pesawat Emirates Airbus A380 untuk ke Dubai kemudian ke Madinah

Payung besar sedang dibuka waktu selesai solat subuh di Masjid Nabawi, Madinah

Payung besar sedang dibuka waktu selesai solat subuh di Masjid Nabawi, Madinah

Pintu keluar dari Makam Rasulullah saw di Masjid Nabawi, Madinah

Mohd Fazmi di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah

Raja Iskandar di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah

Mutawif menerangkan sesuatu kepada Elias Jemadi ketika ziarah di sekitar Madinah

Tapak rumah sahabat Rasulullah di Madinah

Pemandangan di sekitar Madinah

Tapak rumah sahabat Rasulullah di Madinah

Tapak di mana Saidina Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah pertama, selepas wafatnya Rasulullah

Jam analog bagi masuknya waktu di Masjid Nabawi, Madinah

Jalan yang menuju dari Madinah ke Mekah

Jam digital menunjukkan waktu solat di Masjid Nabawi, Madinah

Tapak rumah sahabat di Madinah

Tapak perkuburan peperangan Uhud di sekitar Madinah

Mohd Fazmi, mutawif, Raja Iskandar dan Elias Jemadi di tapak perkuburan peperangan Uhud di sekitar Madinah

Raja Mahmud dan Raja Iskandar di tapak peperangan Uhud di sekitar Madinah

Dewan Solat Masjid Kubah di sekitar Madinah

Raja Iskandar di pintu masuk Masjid Kubah di sekitar Madinah

Ladang kurma di sekitar Madinah

Ladang kurma di sekitar Madinah

Ladang kurma di sekitar Madinah

Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi, Madinah

Pintu masuk Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi, Madinah

Raja Iskandar di Makam Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra di Masjid Nabawi, Madinah

Mohd Fazmi di Makam Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra di Masjid Nabawi, Madinah

Raja Iskandar di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah

Pemandangan semasa perjalanan dari Madinah ke Mekah

Pemandangan semasa perjalanan dari Madinah ke Mekah

Setelah selesai mengerjakan saei berhadapan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Padang Arafah di sekitar Mekah

Jabal Nur di sekitar Mekah

Pemandangan ketika perjalanan dari Padang Arafah masuk semula ke kota Mekah

Raja Mahmud di Masjidil Haram, Mekah

Raja Iskandar berbaju melayu di Masjidil Haram, Mekah

Raja Iskandar berbaju melayu di Masjidil Haram, Mekah

Sarapan pagi dengan sayuran dan keju

Hujan ketika hendak ke Masjidil Haram, Mekah untuk solat Asar

Hujan ketika hendak ke Masjidil Haram, Mekah untuk solat Asar

Tawaf keliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah

Tawaf keliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah

Raja Iskandar setelah selesai solat subuh di ruang bumbung Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram, Mekah

Mohd Fazmi dan Raja Mahmud semasa perjalanan dari Mekah ke Jeddah

As-Safwa Royal Orchid Hotel di Mekah

Makan malam di atas penerbangan Emirates balik ke Kuala Lumpur

Raja Mahmud di atas penerbangan Emirates balik ke Kuala Lumpur