Google Website Translator Gadget

Monday, March 14, 2011

Siri 1 : Belajar Bahasa Baru Groovy dan Grails dengan Netbeans dan Ubuntu

Saya telah lama berhasrat untuk mempelajari dan membina perisian berasaskan Java. Bukannya bahasa pertuturan Jawa tetapi bahasa pengaturcaraan (programming language) Java. Tetapi masalah utama saya ialah Java merupakan pengaturcaraan yang agak rumit bila ingin membangunkan sistem berasaskan web. Ia memerlukan berbagai pengetahuan berkaitan J2EE, beans, dsb. Oleh itu cita-cita saya tidak pernah kesampaian kerana kebingungan.

Secara kebetulan minggu lepas semasa mempelajari perisian Palo ETL, saya dapati ianya menyokong Groovy scripting. Groovy merupakan bahasa yang boleh digunakan sebagai scripting seumpama JavaScript, tetapi dikatakan lebih laju dan lebih mirip pada Java. Sambil mengkaji berkaitan Groovy, saya terserempak pula pada Grails, iaitu satu rangkakerja (framework) bagi pembangunan sistem.

Grails berasaskan pada Groovy dan menggunakan Spring framework dan Java. Ia menjanjikan pembangunan aplikasi secara pantas (rapid application development) dan membantu untuk mengatasi kerumitan pembangunan aplikasi web berasaskan Java.

Saya telah jumpa satu artikel blog yang ringkas untuk pemasangan Grails dan Groovy pada Ubuntu (iaitu sistem operasi bagi netbook saya) dan ianya termasuk juga pemasangan Netbeans sebagai perisian pembangunan (Integrated Development Environment IDE). Artikel berkenaan di tulis dalam bahasa Inggeris dan boleh dicapai di :
http://www.henriksen-rom.com/william/2010/04/how-to-set-up-groovy-and-grails-in-ubuntu-10-04/

Semua perisian yang saya sebut di atas adalah perisian sumber terbuka (open source software OSS) dan boleh dimuat turun, dipasang, digunakan dan diubahsuai secara percuma. Berikut adalah arahan ringkas bagi pemasangan Groovy, Grails dan Netbeans pada Ubuntu 10.04 Netbook Remix.

  1. Buka terminal pada Ubuntu melalui panel Accessories > Terminal
  2. Pemasangan Java dengan menaip pada terminal
    sudo apt-get install sun-java6-jdk
  3. Pemasangan Netbeans dengan menaip pada terminal
    sudo apt-get install netbeans
  4. Konfigurasi JAVA_HOME dengan menaip pada terminal
    sudo nano /etc/bash.bashrc
  5. Tambah baris berikut pada fail bash.bashrc
    # JAVA
    JAVA_HOME=/usr/lib/jvm/java-6-sun
    export JAVA_HOME
    PATH=$PATH:$JAVA_HOME/bin
    export PATH
  6. Simpan perubahan yang dibuat dengan menekan kekunci [Ctrl] dan [O] secara serentak
  7. Tutup fail bash.bashrc dengan menekan kekunci [Ctrl] dan [X] secara serentak
  8. Padam dan pasang semula komputer anda dengan menaip pada terminal
    sudo shutdown -r now
  9. Buka semula terminal pada Ubuntu melalui panel Accessories > Terminal
  10. Semak konfigurasi JAVA_HOME dengan menaip pada terminal
    echo $JAVA_HOME
    Sekiranya konfigurasi telah dibuat dengan jaya, anda sepatutnya mendapat jawapan /usr/lib/jvm/sun-java6-jdk
  11. Pemasangan Groovy dengan menaip pada terminal
    sudo apt-get install groovy
  12. Semak pemasangan Groovy dengan menaip pada terminal
    groovy -v
    Sekiranya pemasangan telah dibuat dengan jaya, anda sepatutnya mendapat jawapan versi Groovy yang telah dipasang
  13. Muat turun fail Grails framework dari laman web http://www.grails.org
  14. Extract fail Grails yang telah dimuat turun
  15. Salin folder berkenaan ke folder /usr/share dengan menaip pada terminal
    sudo cp -r grails-1.3.7 /usr/share/
    (nama folder berkenaan bergantung pada versi Grails yang dimuat turun)
  16. Pinda nama folder berkenaan kepada grails dengan menaip pada terminal
    sudo mv /usr/share/grails-1.3.7 /usr/share/grails
    (nama folder berkenaan bergantung pada versi Grails yang dimuat turun)
  17. Konfigurasi GROOVY_HOME dan GRAILS_HOME dengan menaip pada terminal
    sudo nano /etc/bash.bashrc
  18. Taip baris berikut pada fail bash.bashrc
    # GROOVY
    GROOVY_HOME=/usr/share/groovy
    PATH=$PATH:$GROOVY_HOME/bin
    export PATH GROOVY_HOME

    # GRAILS
    GRAILS_HOME=/usr/share/grails
    PATH=$PATH:$GRAILS_HOME/bin
    export PATH GRAILS_HOME
  19. Simpan perubahan yang dibuat dengan menekan kekunci [Ctrl] dan [O] secara serentak
  20. Tutup fail bash.bashrc dengan menekan kekunci [Ctrl] dan [X] secara serentak
  21. Padam dan pasang semula komputer anda dengan menaip pada terminal
    sudo shutdown -r now
  22. Buka semula terminal pada Ubuntu melalui panel Accessories > Terminal
  23. Semak konfigurasi Grails dengan menaip pada terminal
    grails
    Sekiranya konfigurasi telah dibuat dengan jaya, anda sepatutnya mendapat jawapan versi grails yang dipasang
  24. Mulakan perisian Netbeans pada Ubuntu melalui panel Programming > Netbeans IDE
  25. Tambah plugin Groovy dan Grails pada Netbeans melalui menu Tools > Plugins > Available Plugins; pilih Groovy and Grails; kemudian klik pada butang Install.
  26. Kongurasi Grails pada Netbeans melalui menu File > New Project; pilih Groovy > Grails Application; klik pada butang Configure Grails; taip pada Grails Home : /usr/share/grails; kemudian klik pada butang OK, dan akhirnya klik pada butang Finish untuk memulakan satu projek aplikasi Grails yang baru.
  27. Semak konfigurasi Grails pada Netbeans melalui kekunci [F6] (Run Main Project) untuk laksanakan aplikasi Grails yang dimulakan. Sekiranya konfigurasi telah dibuat dengan jaya, setelah 2 minit, pelayar web browser anda akan membuka muka laman http://localhost:8080/GrailsApplication1/ yang memaklumkan anda telah berjaya memulakan aplikasi Grails anda yang pertama. 

    Pada blog seterusnya saya akan catatkan satu projek perisian yang ringkas yang mempunyai ciri kawalan pengguna (access control).

      Rujukan:
      1. http://www.java.com 
      2. http://groovy.codehaus.org
      3. http://www.grails.org
      4. http://www.ubuntu.com
      5. http://netbeans.org
      6. http://www.henriksen-rom.com/william/2010/04/how-to-set-up-groovy-and-grails-in-ubuntu-10-04

      4 comments:

      M said...

      cantek lah !
      kasi tut jsp @ servlet pula.hehe~

      Raja Iskandar Shah said...

      sebab saya tak reti jsp dan servlets lah saya kena guna grails. nanti next tutorial perlukan bantuan.

      Tajul said...

      Terima kasih bro, walaupun saya masih tak berapa faham dengan language ini, saya rasa artikel anda dapat menyumbang kepada artikel dalam ICT di dalam Bahasa Melayu.. teruskan!!

      ACHMAD FAUZI said...

      Thank you, this is very nice. even though the language is difficult enough