Google Website Translator Gadget

Friday, March 18, 2011

Siri 2 : Sambung Belajar Bina Aplikasi Grails dengan Netbeans pada Ubuntu

Saya sambung semula dari blog saya yang lepas berkaitan pemasangan Java, Groovy, Grails dan Netbeans pada Ubuntu. Kali ini saya akan bina satu aplikasi Grails yang mudah dengan Netbeans. Ini menggunakan artikel dari http://netbeans.org/kb/docs/web/grails-quickstart.html

Sebelum itu, saya ingin maklumkan bahawa saya pernah membina satu perisian pengurusan perpustakaan menggunakan Microsoft Visual Basic 6 sebagai satu hobi untuk mengisi masa bertahun yang lampau. Kod sumber bagi perisian berkenaan masih boleh dimuat turun di http://www.planet-source-code.com/vb/scripts/ShowCode.asp?txtCodeId=51530&lngWId=1

Tetapi memandangkan teknologi berkenaan telah lapuk (obsolete), maka saya pun melihat lain-lain teknologi yang sesuai. Namun disebabkan kesuntukan masa dan kebuntuan saya pada teknologi terkini, maka ia tidak pernah tercapai, sehinggalah kini apabila saya sertai mailing list Malaysian Groovy and Grails Group malaysia-groovy-and-grails-user-group.googlegroups.com . Dengan bantuan mereka saya dapat mengenali beberapa ciri yang saya perlukan. Selain dari itu, panduan dari Netbeans mengambil contoh BookDemo, iaitu permulaan yang mirip pada keperluan saya.


Dalam panduan ringkas ini, saya akan bina satu aplikasi web yang mempunyai fungsi-fungsi berikut:
  1. Senarai rekod buku (list)
  2. Daftar rekod buku (create)
  3. Paparkan rekod buku (read)
  4. Pinda rekod buku (update)
  5. Padam rekod buku (delete)
Ini adalah fungsi-fungsi yang kerap ada pada kebanyakan aplikasi dan biasanya dirujuk sebagai CRUD (create-read-update-delete).

  1. Mulakan perisian Netbeans pada Ubuntu melalui panel Programming > Netbeans IDE
     
  2. Mulakan satu projek Grails baru bertajuk DemoBuku melalui menu File > New Project > Groovy > Grails Application; klik butang Next; namakan Project Name : DemoBuku; dan klik butang Finish.
     
  3. Setelah 2 minit, projek DemoBuku akan tersenarai di bawah tab Projects pada Netbeans.
     
  4. Buatkan satu Grails Domain Class baru bertajuk Buku melalui menu File > New File > Groovy > Grails Domain Class; klik butang Next; namakan Artifact Name : Buku; dan klik pada butang Finish.
     
  5. Netbeans akan tambahkan pada panel kiri Projects : DemoBuku > Domain Classes > pakej demobuku > Buku.groovy .
     
  6. Sekarang tambah maklumat berkaitan buku pada domain class Buku.groovy melalui dua-klik pada Buku.groovy, dan meminda barisan kod seperti berikut:
    package demobuku

    class Buku {
         String judul
         String pengarang
         String penerbit
         Double bilangan

         static constraints = {
         }
    }

  7. Buatkan satu Grails Controller baru bertajuk Buku melalui menu File > New File > Groovy > Grails Controller; klik butang Next; namakan Artifact Name : Buku; dan klik pada butang Finish.
     
  8. Netbeans akan tambahkan pada panel kiri Projects : DemoBuku > Controllers > pakej demobuku > BukuController.groovy .
     
  9. Sekarang tambahkan maklumat dari domain class Buku.groovy ke controller BukuController.groovy melalui dua-klik pada BukuController.groovy, dan meminda barisan kod seperti berikut:
    package demobuku

    class BukuController {
         def scaffold = demobuku.Buku
        //def index = { }
    }

  10. Simpankan semua kerja yang telah dibuat melalui menu File > Save All .
     
  11. Mulakan projek DemoBuku melalui menu Run > Run Main Project . Setelah 1 minit, pelayar web browser akan memaparkan muka utama DemoBuku pada http://localhost:8080/DemoBuku/ (dimana port 8080 merupakan port bagi pelayan web server Tomcat).
     
  12. Pada muka utama DemoBuku, ianya akan menyenaraikan controller demobuku.BukuController .

  13. Klik pada controller demobuku.BukuController berkenaan, dan senarai rekod Buku List akan dipaparkan.


  14. Daftarkan rekod buku baru melalui klik pada ikon New Buku, dan borang Create Buku akan dipaparkan. Isikan maklumat berkaitan buku dan klik pada butang Create. Perhatikan bahawa maklumat Bilangan hanya boleh menerima nombor kerana kita telah tetapkan Double bilangan pada class Buku.groovy.
     
  15. Setelah itu, maklumat rekod berkenaan akan dipaparkan dalam bentuk Read yang tidak boleh dipinda.
     
  16. Sekiranya ingin meminda rekod buku berkenaan, klik pada ikon Edit, dan borang Edit Buku akan dipaparkan. Pinda maklumat berkaitan dan klik pada ikon Update.

  17. Sekiranya ingin memadam rekod buku berkenaan, klik pada butang ikon Delete; dan satu mesej meminta kepastian supaya rekod berkenaan dipadamkan; klik pada butang OK.

  18. Setelah dipadamkan, senarai rekod Buku List akan dipaparkan.
     
  19. Hentikan projek DemoBuku pada Netbeans melalui panel kiri Services : Servers > Jetty (Grails) > DemoBuku on 8080; klik-kanan dan pilih Stop.


Ajaib ! Dengan sedikit baris kod, satu aplikasi web boleh dibina, ini sering dirujuk sebagai magic. Tetapi masih banyak lagi yang perlu kita bina pada aplikasi berkenaan, dan blog ini akan disambung ke minggu hadapan.

    Rujukan:
    1. http://netbeans.org/kb/docs/web/grails-quickstart.html
    2. http://www.planet-source-code.com/vb/scripts/ShowCode.asp?txtCodeId=51530&lngWId=1
    3. malaysia-groovy-and-grails-user-group.googlegroups.com

    No comments: