Google Website Translator Gadget

Saturday, July 30, 2011

Penubuhan Koperasi Sumber Terbuka

Komuniti perisian sumber terbuka (open source software) sedang dalam proses penubuhan sebuah koperasi bagi meningkatkan ekonomi ahli-ahlinya. Buat masa ini sudah 80 orang yang mendaftar minat untuk menjadi ahli pengasas koperasi berkenaan.



Bagi tujuan permulaan, komuniti memerlukan seramai 50 orang bakal ahli yang beralamat dalam satu negeri untuk menubuhkan koperasi berkenaan.

Antara tujuan utama koperasi ini ialah untuk membantu ahli-ahlinya meningkatkan ekonomi diri dengan meningkatkan ilmu dan kepakaran, selain promosi perniagaan dan peluang pekerjaan. Aktiviti utama yang telah dicadangkan adalah penerbitan majalah Kod Sumber yang akan mengandungi artikel-artikel bagi pentadbir sistem, pengaturcara, pembangun sistem dan juruteknik.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi bakal ahli pengasas koperasi sila layari:

  1. Laman web Koperasi : http://wiki.kostem.my
  2. Borang pendaftaran untuk bakal ahli : http://bit.ly/n3I5p2

2 comments:

Raja Iskandar Shah said...

Sekarang sudah 82 bakal ahli, dimana 32 adalah dari Selangor.

Raja Iskandar Shah said...

Terkini, ada 115 bakal ahli, dimana 49 adalah beralamat Selangor