Google Website Translator Gadget

Monday, August 1, 2011

Capaian Dari Ubuntu ke MaxisCloud

Hari ini pihak syarikat telah diterima untuk menyertai program inkubator MaxisCloud. Bagi program ini kami telah diberikan 2 unit Virtual Machine (VM). Setiap VM mempunyai spesifikasi 1 vCore, 8GB RAM, 80GB HDD, dan Windows Server 2008 R2 64bit, serta tiada had bagi bandwidth.

Untuk membuat capaian kepada VM pada MaxisCloud dari Ubuntu sangat mudah.

  1. Buat pertama kali, pasangkan perisian rdekstop melalui terminal:
    sudo apt-get install rdesktop
  2. Kemudian buat capaian rdesktop melalui terminal
    rdesktop 123.45.67.89
    (gunakan IP bagi VM berkenaan)
  3. Antaramuka Windows Server 2008 akan dipaparkan.
  4. Log masuk sebagai pengguna Administrator


No comments: