Google Website Translator Gadget

Sunday, August 28, 2011

Liferay CE 6.0 pada Ubuntu 10.04 LTS pada SkaliCloud Siri 1

Artikel ini memberi panduan ringkas bagi memasang perisian enterprise portal Liferay CE 6.0 pada sistem operasi Ubuntu Server 10.04 LTS pada infrastruktur SkaliCloud.

  1. Liferay CE adalah perisian sumber terbuka berasaskan Java bagi membina laman dan portal web yang boleh dicapai umum melalui internet. 
  2. Ubuntu Server adalah perisian sumber terbuka bagi sistem operasi komputer pelayan yang boleh digunakan sebagai pelayan web dan pangkalan data.
  3. SkaliCloud adalah satu perkhidmatan infrastruktur cloud computing untuk mewujudkan satu komputer pelayan virtual.

Mewujudkan Komputer Pelayan Pada SkaliCloud
  1. Langgani perkhidmatan SkaliCloud dari laman web http://www.skalicloud.com/
  2. Setelah akaun anda didaftarkan dan anda telah menerima kata laluan kepada akaun anda, log masuk ke akaun anda di https://sdg-my.skalicloud.com/accounts/
  3. Wujudkan komputer pelayan anda di "Add Server or Drive" pada sisi kanan muka laman:
    1. Server
    2. Name : Liferay Server
    3. Type : Pre-installed system
    4. Image : Ubuntu Server 10.04 64bit
    5. Size : 50GB
  4. Setelah anda klik butang Add, tunggu lebih kurang 1 minit untuk perkhidmatan SkaliCloud  mewujudkan 1 server dan 1 hard drive untuk anda.
  5. Hidupkan komputer pelayan anda dengan klik pada butang Start
  6. Anda kemudiannya boleh mencapai komputer pelayan anda menggunakan perisian klien VNC (seperti Vinagre bagi pengguna Linux seperti saya, atau TightVNC untuk pengguna windows).


Konfigurasi Ubuntu Server 10.04 LTS
  1. Mulakan perisian klien VNC anda. Sebagai contoh saya gunakan Vinagre pada komputer saya yang menggunakan sistem operasi Ubuntu LInux.
  2. Pada perisian klien VNC anda klik pada butang Connect, dan bila diminta katalaluan password, isikan katalaluan VNC yang tertera bagi komputer pelayan pada akaun SkaliCloud anda.

  3. Apabila perisian klien VNC berjaya capai komputer pelayan anda, ianya akan memaparkan antaramuka terminal command line interface.
  4. Log masuk kepada Ubuntu Server dengan nama pengguna "toor" dan katalaluan yang sama seperti katalaluan VNC.
  5. Bagi saya yang lebih suka menggunakan antaramuka GUI, saya pasangkan xubuntu-desktop iaitu satu lightweight window environment untuk memudahkan kerja seperti melayari dan muat-turun fail dari internet, serta lain-lain pentadbiran sistem. Untuk memasang xubuntu-desktop, pada antaramuka terminal taip
    sudo apt-get install xubuntu-desktop

  6. Setelah Ubuntu Server siap memuat turun dan memasang semua perisian yang berkaitan, mulakan antaramuka GUI dengan menaip pada terminal
    gdm

  7. Log masuk dengan menaip nama pengguna "toor" dan katalaluan yang sama seperti katalaluan untuk VNC
Memasang Perisian Java dan MySQL
  1. Perisian Liferay memerlukan perisian Java Development Kit (JDK) dan perisian berkenaan perlu dimuat turun dari internet. Buka pelayar web Firefox dengan klik pada ikon Firefox pada sisi atas pada Xubuntu Desktop.
  2. Menggunakan pelayar web Firefox, muat turun Java Platform JDK (pilih versi Linux x64) dari laman web http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/index.html
  3. Setelah selesai muat turun fail berkenaan, kita perlu extract melalui terminal. Buka terminal dengan klik pada menu Applications (yang terdapat di sisi kiri atas pada Xubuntu Desktop) > Accessories > Terminal
  4.  Pada terminal taip
    cd /home/toor/Downloads
    sh jdk-6u26-linux-x64.bin
    Ini akan extract fail Java yang telah anda muat turun kepada satu folder baru. Nama fail bergantung pada versi yang telah anda muat turun.
  5. Tukarkan nama folder yang telah di extract dan pindahkan ke folder lain dengan menaip pada terminal
    mv jdk1.6.0_26/ /opt/jdk
  6. Tetapkan PATH bagi folder baru ini, supaya perisian yang menggunakan Java dapat jumpa perisian Java. Ini dilakukan dengan menaip pada terminal
    JAVA_HOME=/opt/jdk
    export JAVA_HOME
    PATH=$PATH:$JAVA_HOME/bin
    export PATH
  7. Uji perisian Java berkenaan dengan menaip pada terminal
    java -version
    Sekiranya PATH telah ditetapkan dengan betul, versi java "1.6.0.26" akan dipaparkan.
  8. Tetapkan PATH pada bashrc dengan menaip pada terminal
    nano /etc/bash.bashrc
  9. Perisian Liferay juga memerlukan pangkalan data. Saya pasangkan pangkalan data MySQL dengan menaip pada terminal

apt-get install mysql-server
  1. Mulakan satu sesi MySQL dengan menaip pada Terminal

mysql -u root -p
  1. Pada ketika ini perlu wujudkan satu katalaluan password yang baru. Berikan satu katalaluan yang unik. Selepas itu penggesa command prompt akan bertukar kepada 'mysql>'
  2. Uji sesi MySQL berkenaan bagi menyenaraikan database yang sedia ada dengan menaip pada Terminal

    SHOW DATABASES;

  3. Hentikan sesi MySQL dengan menaip pada Terminal

    QUIT;

1 comment:

Raja Iskandar Shah said...

Cara alternatif untuk pemasangan Java :

Pada terminal, taip:

sudo add-apt-repository "deb http://archive.canonical.com/ lucid partner"
sudo apt-get update
sudo apt-get install sun-java6-jre sun-java6-bin sun-java6-jdk sun-java6-plugin sun-java6-fonts
sudo update-alternatives --config java

Ini akan memasang Java pada folder /usr/lib/jvm/java-6-sun
Rujukan : https://help.ubuntu.com/community/Java