Google Website Translator Gadget

Sunday, September 4, 2011

Memasang Java untuk Windows 2008 Virtual Machine pada MaxisCloud

Bulan lepas, syarikat di mana saya bekerja diberikan akaun cubaan MaxisCloud. Akaun berkenaan menyediakan dua virtual machines berspesifikasi 1 vCore, 8GB RAM, 80GB HDD, Windows Server 2008 R2 64 Bit. Paling menarik tiada had bagi bandwidth, jadi akaun MaxisCloud adalah sangat sesuai bagi aplikasi yang memerlukan bandwidth tinggi seperti untuk streaming video.

Berikut adalah catatan ringkas bagi memasang Java untuk Windows 2008 virtual machine pada akaun MaxisCloud (bagi saya capaian adalah menerusi Ubuntu 11.04 Desktop). Anda boleh klik pada imej untuk dapatkan saiz yang lebih besar.

  1. Pada Ubuntu Desktop, buka Terminal dan taip pada terminal
    rdesktop 202.179.123.45
    gunakan IP bagi virtual server anda


  2. Pada remote desktop, log masuk sebagai Administrator menggunakan katalaluan yang diberikan bagi virtual server anda


  3. Pada remote desktop, buka pelayar web Internet Explorer dan taip URL berikut:
    http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/
  4. Pada laman web berkenaan, pilih Java SE versi 6 dan klik pada butang Download untuk muat turun fail .exe berkenaan
  5. Setelah selesai muat turun, dwi klik pada fail .exe berkenaan dan teruskan dengan pemasangan Java


  6. Ambil perhatian semasa pemasangan Java, saya tukarkan installation folder bagi JDK ke C:\Java\jdk1.6.0_27 (bergantung kepada versi JDK yang dimuat turun). Saya juga menukarkan installation folder bagi JRE ke C:\Java\jre


  7. Setelah pemasangan Java selesai, tambahkan JAVA_HOME ke System Environment Variables, melalui ikon Start pada remote desktop


  8. Pada dialog System Environment Variables, klik pada butang Add dan tambah JAVA_HOME menggunakan path C:\Java\jdk1.6.0_27 (bergantung pada versi JDK yang anda telah pasang), setelah itu, klik pada butang OK.
  9. Pada dialog System Environment Variables, pilih variables untuk PATH kemudian klik pada butang Edit, dan tambahkan %JAVA_HOME%\bin; setelah itu, klik pada butang OK
  10. Melalui ikon Start pada remote desktop, buka terminal Command Prompt dan taip
    java -version
    Sekiranya pemasangan telah dibuat dengan betul, versi JDK dan JRE akan dipaparkan.



No comments: