Google Website Translator Gadget

Sunday, November 20, 2011

Sistem Perakaunan Sumber Terbuka

Dalam artikel ini saya akan memulakan siri ringkas untuk mengenalpasti sistem perakaunan sumber terbuka (OSS) yang sesuai bagi perniagaan kecil dan sederhana. Syarat utama adalah ianya memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana, mesra pengguna, boleh dipasang pada sistem pengoperasian sumber terbuka Linux, dan kod pembangunan perisian sumber terbuka.

Antaramuka Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation) Bagi Sistem Perakaunan Sumber Terbuka LedgerSMB


Artikel ini didorong oleh satu perbincangan berkaitan sistem perakaunan untuk sebuah syarikat milik kerajaan negeri. Dalam perbincangan ini timbul topik mengenai sistem perakaunan berasaskan sumber terbuka. Topik ini timbul kerana syarikat berkenaan menjalankan operasi yang unik dan memerlukan perisian yang membolehkannya untuk membuat perubahan pada sistem berkenaan bersesuaian dengan keperluan operasi.

Bagi keperluan perniagaan besar, dari segi bilangan dan jenis pengguna, serta bilangan dan jenis transaksi, ianya lebih bersesuaian dengan sistem ERP seperti SAP ataupun Adempiere [1] dan OpenBravo [2]. Adempiere merupakan sistem ERP sumber terbuka yang sering digunakan dalam operasi pembuatan (manufacturing). Adempiere sendiri merupakan satu ERP framework [3] yang mudah disesuaikan dengan operasi. Namun, sistem ERP memerlukan tempoh perlaksanaan yang panjang, tidak kurang dari 3 bulan.

Ini kerana, kebiasaannya, sistem ERP yang baru dipasang akan mempamerkan antaramuka yang rumit - jarang-jarang sekali yang mesra pengguna. Oleh itu, sistem ERP memerlukan masa 3 bulan supaya pengguna dapat memesrakan diri dengan sistem ERP.

Sebaliknya, apa yang diperlukan oleh majoriti perniagaan kecil dan sederhana adalah sistem perakaunan yang mesra pengguna dan boleh dilaksanakan dalam tempoh satu minggu (ataupun satu hari sahaja). Contoh terbaik adalah sistem perakaunan UBS [4], MYOB [5], Peachtree [6] dan QuickBooks [7]. Namun sistem-sistem berkenaan hanya boleh dipasang pada sistem pengoperasian Microsoft Windows. Pada pendapat saya versi terkini UBS Plus [8] adalah terbaik untuk majoriti perniagaan kecil di Malaysia. Malah UBS dan Peachtree dimiliki oleh syarikat induk yang sama, iaitu Sage.

Sebelum ini, bagi perniagaan yang memerlukan lebih dari 10 pengguna, saya sering mengesyorkan perisian tempatan seperti QnE [9] dan SQL Accounting [10]. Ini kerana perisian tempatan lebih menepati keperluan tempatan dari segi pelaporan, gaji, dsb. Juga syarikat pengeluar tempatan lebih memahami keperluan tempatan dan sekiranya perlu boleh memberi khidmat tambahan dari segi pengubahsuaian atau penambahbaikan sistem. Sebagai nota sampingan, saya tertarik juga pada SQL Accounting kerana mampu dipasang pada sistem pengoperasian sumber terbuka Linux [11].

Bagi sistem perakaunan sumber terbuka, yang mana sumber kod boleh diubahsuai sendiri, terdapat beberapa pilihan [12]. Dari pilihan ini hanya SQL-Ledger [13] dan LedgerSMB [14] nampak seperti boleh memenuhi kehendak perniagaan kecil dan sederhana. LedgerSMB merupakan cabang fork dari SQL-Ledger, dan kedua-dua perisian berkenaan menggunakan bahasa pengaturcaraan perl, pangkalan data PostgreSQL, dan antaramuka web.

Pada siri berikut, saya akan membuat perbandingan ciri-ciri diantara UBS Plus, SQL Accounting, SQL-Ledger dan LedgerSMB. Ini dapat memberi gambaran tentang kesesuaian sistem perakaunan sumber terbuka berbanding dengan sistem perakaunan semasa yang popular.


Rujukan:
  1. http://www.adempiere.com/ADempiere_ERP
  2. http://www.openbravo.com/
  3. http://www.adempiere.com/File:TotalSuite.jpg
  4. http://www.sage.my/
  5. http://www.myob.com.my/
  6. http://www.peachtree.com/
  7. http://quickbooks.intuit.com/
  8. http://www.sage.my/index.php/en/ubsplus/fifty/sage-ubs-fifty-plus/257-features.html
  9. http://www.qne.com.my/
  10. http://www.sql.com.my/
  11. http://www.sql.com.my/sqlacc.intro/features/
  12. http://www.ilovefreesoftware.com/24/featured/best-open-source-accounting-software.html
  13. http://www.sql-ledger.com
  14. http://www.ledgersmb.org

2 comments:

frans said...

First of all my appreciation for this blog.

At first MYOB and UBS can not be compared with LedgerSMB because the first two are not web-based. This actually means that the application can only be used at the office.

Furtheron with LedgerSMB there is no limit for entities. This is also for the number of user and for each of them separate authorizations.

The reporting features are in LedgerSMB much more specialized than in the other two. In LedgerSMB you have the ability to choose what you want to see in the report.

You will wonder I dont speak about SQL-Ledger. LedgerSMB has been progressing now in a proportional way. A lot of features (like fixed assets; depreciations) have been added. And more to come soon.

The LedgerSMB has the feature inside that translation can be made in each language. With common strength we can translate this application in Malay.

This is also for the payroll which will be included in the near future. I am already giving it a try with the tax-overview of the Hasil-Central-Office. Any help will be welcome.

To my perspective I think LedgerSMB has an outstanding standard towards the General Accepted Accounting Procedures.
LedgerSMB is now used for credit card company in which they do more than 10000 payments a week.

LedgerSMB is exclusively suited for Cloud-computing.

Any comments and remarks are of course welcome

Kind regards

Frans van der Star

Raja Iskandar Shah said...

Thank you Frans for your comments and time. With respect to your comments on LedgerSMB being web based and in that respect is distinct from client based accounting such as UBS and MYOB.

We still need to realise that for most small business, for a software to be web based is only 1 plus point. There are still many more plus points that need to be earned with respect to processing sales, purchases, payroll, reconciling accounts, and generating reports and financial statements.

For small business, client applications such as QuickBooks and Peachtree in the USA, and UBS in Malaysia still rules the roost. Therefore, that comparison is still necessary as a baseline. If that baseline is met, then the leap to LedgerSMB is much easier.

My initial intent for this starting this article is just that : to demonstrate that open source accounting software (even if it is web based) has matured to a level that it is able compare against the leading accounting software in the market.

With respect to Payroll, I am impressed by how Peachtree does it. Without any coding I could set parameters and configure those to calculate the Malaysian tax deductions, as well as, EPF and SOCSO contributions and deductions, even other company specific parameters such as leave and medical expense entitlement. It is worth spending looking at how Peachtree does this, so that LedgerSMB's payroll module can be universally adaptable.