Google Website Translator Gadget

Sunday, February 26, 2012

Mengganti Ballast / Choke Pada Lampu Kalimantang di Rumah Presint 9B Putrajaya

Sedikit nota persendirian bagi cara untuk membaiki lampu kalimantang di rumah saya di Presint 9B, Putrajaya. Pada lampu kalimantang di rumah ini terdapat tiub lampu, starter, ballast / choke dan housing, seperti gambarajah dibawah. Kapasitor adalah opsyen yang tidak semestinya ada.



Sekiranya lampu tidak menyala, cuba dengan menukar starter, kemudian dengan menukar tiub lampu. Jika masih tidak berjaya buka housing kemudian periksa sekiranya ada dawai yang tercabut. Kod warna dawai adalah
  • Hitam : Hidup
  • Putih : Neutral
  • Hijau : Bumi
Kod warna di sini adalah pelik kerana mengikut kod warna di Amerika Syarikat dan Kanada. Kebiasaannya di Malaysia kod warna adalah Perang untuk Hidup, Biru untuk Neutral dan Hijau & Kuning untuk Bumi.

Sekiranya dawai dipasang dengan baik dan lampu masih tidak menyala, serta terdapat kesan terbakar pada hujung dawai Hidup pada Ballast / Choke, ini bermaksud anda perlu menukar ballast berkenaan. Terdapat dua jenis ballast:
  1. Ballast biasa berharga murah lebih kurang RM10 dan memerlukan starter (kapasitor adalah opsyen) seperti gambarajah di atas.
  2. Electronic ballast berharga lebih kurang RM30 dan tidak memerlukan starter (mampu menjimatkan penggunaan tenaga dan lebih tahan lama).
 Sekiranya masih tidak berjaya, mungkin pendawaian pada suis adalah tidak betul (kontraktor asal mungkin keliru kerana kod pendawaian yang berbeza dari kod warna yang umumnya digunakan di Malaysia).

 Rujukan:
  1. http://www.scribd.com/doc/39371784/lampu-kalimantang
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Plag_dan_soket_AC_domestik#Kod_warna

2 comments:

Anonymous said...

Ballast kalau dibeli dari kedai elektrik tak sampai pun RM 5/= Tapi tak sempat nak tanya pasal electronic ballast. Tapi kalau pakai Electronic Ballast, kena pastikan sistem lampu kalimantang tu tiada tempat untuk starter, tak guna pakai ellectronic kalau x kena tempat.

Anonymous said...

Salam..tumpang tanya sikit, saya ingin buat pemasangan mentol bulat berkuasa 15w menggunakan tenaga kuasa bateri 12v, adakah saya perlu menggunakan DC chock, saya khuatir mentol tu terbakar or meletop jika membuat direct ke bateri. Harap pihak tuan dapat beri saya tunjuk ajar..terima kasih