Google Website Translator Gadget

Sunday, March 11, 2012

Alatan dan Hiasan Ikan Guppy

Sambungan semula catatan berkaitan alatan dan hiasan projek bela ikan guppy. Terdapat beberapa perubahan yang telah saya buat dalam tempoh seminggu ini.



Pada masa ini hanya tinggal 1 ekor ikan guppy jantan yang telah berjaya untuk hidup dari awal projek yang dimulakan lebih 2 minggu lepas. Sejak artikel saya sebelum ini, 1 ekor jantan telah mati tersedut ke dalam penapis dan saya telah gantikan dengan 2 ekor jantan dan 3 ekor betina, bermaksud sekarang ada 3 pasangan ikan guppy. Namun saya terbaca artikel yang mengesyorkan ratio 1 jantan : 2 betina. Selepas seminggu pemerhatian, saya bersetuju dengan artikel berkenaan supaya ratio betina lebih dari jantan.

Berkaitan alatan, tangki saya berukuran 12 inci x 6 inci x 6 inci, memadai untuk menampung 6 ekor ikan. Pam udara dan penapis juga mampu untuk memastikan kebersihan air, walaupun selepas seminggu tidak dibasuh dan ditukar air. Dari segi makanan, saya berikan micro flakes yang cukup untuk dimakan dalam waktu 5 minit. Dari segi sukatan makanan kalau dalam tempoh 2 minit dah habis dimakan, tambahkan lagi. Berikan makan 2 kali sehari dan waktu itu padamkan pam udara dan penapis.

Dari segi hiasan pula, selain pasir / kerikil dan pohon plastik, saya telah tambahkan batu koral yang disimpan dari pantai Pulau Kapas 2 tahun lepas dan batu berlumut yang dikutip dari Tasik Putrajaya seminggu lepas. Batu koral dikatakan akan menjadikan air sedikit alkeloid, manakala batu berlumut akan menghasilkan asidik. Air sedikit alkeloid dikatakan sesuai untuk ikan guppy. Jadi perlu lihat apa tindakbalas sepanjang 1 minggu ini.


Hiasan sebegini boleh menghiburkan ikan guppy. Namun pastikan masih cukup ruang untuk ikan berenang dengan selesa.

1 comment:

shahdan said...

promosi ikan guppy hiasan pelbbagai corak & warna, min 200 ekor =rm120 .berminat boleh cll 0177497853 utk info.