Google Website Translator Gadget

Sunday, March 11, 2012

Projek Baru Tanam Tomato dan Tembikai di Presint 9B

Minggu lalu saya mulakan projek baru, iaitu cubaan menanam tomato dan tembikai. Saya kira mungkin agak senang dan rumah saya di Presint 9B pula mempunyai kawasan hijau yang luas. Rumput di laman rumah pun sekarang sudah kemas dan tidak lagi bersemak samun, jadi saya mempunyai masa untuk memulakan projek baru.

Benih tomato dan tembikai telah dibeli dari Carrefour Alamanda seminggu lepas. Manakala baja dan hand-shovel dibeli dari pasaraya di Bandar Baru Bangi. Benih disemai dalam bekas plastik terpakai (yang biasa digunakan pengusaha nasi ayam untuk bekal sup atau sambal. Cucukkan lubang pada dasar bekas plastik berkenaan supaya air boleh meleleh keluar, dan kemudian letak baja. Saya telah letak 5 benih dalam setiap bekas, diberikan air secukupnya supaya tidak bertakung. Setiap hari saya siram air pada waktu malam dan selepas seminggu, benih telah bertunas.



Bila saya fikirkan semula, adalah lebih baik diletak 1 atau 2 sahaja benih dalam setiap bekas. Ini supaya memudahkan tunas dipindahkan ke tapak tanaman. Tapak tanaman pula saya buat selebar 1 kaki, manakala panjangnya dibuat supaya setiap tunas mempunyai jarak lebih 6 inci antara setiap satu. Tapak untuk tomato diletakkan dibawah rendangan pokok supaya tidak terkena terik matahari, manakala tapak tembikai dihujung silara pokok supaya lebih sinaran matahari.


No comments: