Google Website Translator Gadget

Saturday, April 21, 2012

Status Projek Tembikai dan Tomato

Sedikit laporan status projek setelah satu setengah bulan memulakan projek menanam tembikai dan tomato di belakang rumah saya di Putrajaya. Secara amnya, tanaman tembikai menggembirakan manakala tanaman tomato merunsingkan.

Tanaman tembikai tumbuh dengan baik dan telah pun mula berbunga. Mungkin tidak lama selepas ini akan berbuah pula. Bila saya fikirkan semula, saya rasa sepatutnya saya biarkan lebih ruang di antara setiap semaian. Pagi ini saya telah luaskan tapak tanaman ke tepi. Jika dibandingkan dengan tanaman tomato, kawasan tapak tembikai ini mendapat cahaya matahari tengah dan petang. Kedua-duanya diberi baja compost sama dan disiram dua kali sehari, sekali sebelum bersiap pergi kerja dan sekali lagi selepas solat isyak.

Tapak tanaman tembikai


Tanaman tomato kurang memberansangkan, setelah lebih sebulan, baru tumbuh setinggi dua inci. Mungkin kedudukan dibawah rendang pokok tidak sesuai. Sekarang saya perlu berfikir samada untuk pindahkan tanaman berkenaan.

Saya mempunyai dua lagi semaian iaitu untuk rock melon (juga nampak baik), dan terung. Mungkin lagi 2 minggu saya akan pindahkan ke tapak tanaman. Juga dalam seminggu ini saya bercadang untuk menyemai pokok cili hijau, kali ini dari biji cili berkenaan. Sebelum ini semua benih di beli dalam pek.

Kali ini terpaksa ambil dari biji cili berkenaan kerana benih dalam pek tiada dalam pasaran. Ini adalah jenis cili hijau muda yang terkenal di Kelantan untuk solok lada. Saya dan isteri memang gemar gunakan cili ini untuk masakan sayur goreng. Bukan senang nak dapatkan cili ini kerana tidak terdapat di hypermarket, kami beli dari Pasar Tani Putrajaya.

No comments: