Google Website Translator Gadget

Sunday, May 20, 2012

Pemasangan Perisian LedgerSMB 1.3 Pada Ubuntu 12.04

LedgerSMB adalah perisian perakaunan bagi perniagaan kecil dan sederhana (small and medium businesses - SMB) yang menggunakan antaramuka web. Ianya mempunyai fungsi-fungsi perakaunan yang sesuai untuk Jualan, Belian, Perbankan, Barangan, Aset dan sebagainya. Juga sebagai perisian sumber terbuka (open source software), LedgerSMB boleh diubahsuai mengikut keperluan khusus.

Ini adalah panduan ringkas bagaimana untuk memasang perisian LedgerSMB pada sistem operasi Ubuntu 12.04. Ubuntu adalah sistem operasi menggunakan teknologi Linux berasaskan aliran Debian. Ianya sangat sesuai sebagai server pelayan untuk mana-mana perisian yang mempunyai antaramuka web. Antara kelebihannya adalah senang diselenggara, mempunyai ramai pakar yang boleh membantu, tidak senang diserang virus komputer, dan kos perisian adalah percuma.

Muat Turun Perisian LedgerSMB

  1. Layari laman web LedgerSMB di http://ledgersmb.org/ dan klik pada link Download di penjuru kanan atas.
  2. Pada muka http://ledgersmb.org/download klik pada link untuk Ubuntu packaging
  3. Pada muka http://www.getdeb.net/software/ledgersmb klik pada tab Apps
  4. Pada muka http://www.getdeb.net/updates/ubuntu/12.04/ klik pada link Click here to learn how to install applications from GetDeb
  5. Sekarang buka terminal dan taip baris berikut:
    sudo nano /etc/apt/sources.list
  6. Pada editor nano, tambah baris berikut pada penghujung fail berkenaan
    deb http://archive.getdeb.net/ubuntu precise-getdeb apps
    deb-src http://archive.getdeb.net/ubuntu precise-getdeb apps
  7. Kemudian pada editor nano, tekan kekunci [Ctrl] dan [o] serentak untuk menyimpan pindaan yang dibuat
  8. Kemudian pada editor nano, tekan kekunci [Ctrl] dan [x] serentak untuk menutup editor nano
  9. Seterusnya pada terminal, taip baris berikut:
    wget -q -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add -
    sudo apt-get update
  10. Akhir sekali pada terminal, taip baris berikut:
    sudo apt-get install ledgersmb
  11. Ini akan memuat turun dan memasang segala perisian yang diperlukan oleh LedgerSMB 

Konfigurasi Perisian LedgerSMB

  1. Setelah selesai proses muat turun dan pemasangan perisian, buka fail berkenaan
    /usr/share/doc/ledgersmb/README.configuration
  2. Ikut arahan yang terdapat pada fail berkenaan
  3. Setelah selesai, anda boleh rujuk pada manual yang terdapat pada
    http://localhost/ledgersmb/doc/LedgerSMB-manual.pdf




1 comment:

Raja Iskandar Shah said...

I have noted that the above will install LedgerSMB and it will operate, however printing fails.

Refer to the tutorial at ledgersmb.org:
http://www.ledgersmb.org/help/install/Ubuntu_Installation_Tutorial_LedgerSMB-1.3-SERIES.html

Note that libmd5-perl can be downloaded from
http://packages.ubuntu.com/hardy/all/libmd5-perl/download

And that texlive-generic-extra to be downloaded from
http://packages.ubuntu.com/lucid/all/texlive-generic-extra/download

Also the default installation folder is /usr/share/ledgersmb/

Instead of libperl5.12, can perhaps try with libperl5.14