Google Website Translator Gadget

Wednesday, May 16, 2012

Pencetak Jenama Brother Model MFC-7420 Pada Ubuntu 12.04

Saya baru sahaja selesai membuat konfigurasi bagi pencetak laser Brother MFC-7420. Sangat mudah. Apa yang anda perlu buat adalah

  1. Buka terminal dan taip (ini untuk memasang perisian berkaitan)
    sudo apt-get install brother-lpr-drivers-laser
    sudo apt-get install brother-cups-wrapper-laser
  2. Sambung kabel USB dari printer ke komputer
  3. Buka HUD (ikon bebola Ubuntu pada penjuru kiri atas)
  4. Pada HUD taip print, dan kemudian klik pada ikon Printing
  5. Pada tetingkap Printing klik pada ikon Add
  6. Pada tetingkap New Printer, pilih Brother MFC-7420 pada senarai Devices
  7. Pada tetingkap seterusnya, klik pada pilihan Select printer from database dan Brother dari senarai Makes
  8. Pada tetingkap seterusnya, pilih MFC7420 for CUPS dan klik butang Forward (rujuk pada paparan skrin)
  9. Kemudian anda boleh cuba uji dengan mencetak Print Test Page
Paparan Skrin Untuk Pilihan Pencetak Brother MFC-7420


Rujukan
  1. https://wiki.ubuntu.com/BrotherDriverPackaging

No comments: