Google Website Translator Gadget

Sunday, June 17, 2012

Ikan Platy dan Ikan Guppy

Pada artikel http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/03/projek-bela-ikan-guppy.html saya telah memulakan satu projek kecilan untuk membela ikan guppy pada bulan Mac 2012. Setelah lebih satu bulan memulakan projek berkenaan saya telah membuat beberapa perkembangan:

  1. Hampir semua ikan guppy sudah mati, hanya tinggal seekor berwarna kuning.
  2. Menambah ikan jenis platy berwarna merah, juga dipanggil ikan mun oleh peniaga pasar malam di Pasar Tani Putrajaya.
  3. Menggunakan ubat anti-klorin apabila menukar atau menambah air dari pili.
  4. Menambah ikan jenis platy berwarna biru-kelabu. Ikan platy ini sama panjang dengan ikan guppy, cuma perutnya lebih gemuk.
Antara kemungkinan yang menyebabkan ikan guppy mati adalah kerana tidak menggunakan ubat anti-klorin dan juga suhu air yang tidak sejuk. Ikan jenis platy ini dapat bertahan walaupun 48 jam tidak diberi makan. Ikan jenis platy ini juga boleh dibiak bersama dengan ikan guppy. Kebiasaannya sukatan makanan adalah apa yang ikan-ikan berkenaan boleh makan dalam tempoh 1 minit, dan diberikan makan 2 kali sehari.

No comments: