Google Website Translator Gadget

Tuesday, June 5, 2012

Naiktaraf Dari MySQL 5.5 ke MariaDB 5.5 pada Ubuntu 12.04

Hari ini saya telah naiktaraf perisian pangkalan data dari MySQL 5.5 [2] kepada MariaDB 5.5 [1] . Kedua-dua perisian merupakan perisian sumber terbuka. MariaDB merupakan cabang fork dari MySQL apabila syarikat Oracle mengambil alih syarikat Sun yang sebelum ini menerajui projek MySQL. Terdapat sedikit penambahbaikan pada MariaDB berkaitan dengan keupayaan performance.


Untuk naiktaraf perisian berkenaan sangat mudah melibatkan 10 perkara. Anda juga boleh rujuk pada screencast berkenaan di muka laman AskMonty [3]


  1. Import key bagi repositori MariaDB, dengan menaip pada terminal (rujuk pada muka laman AskMonty [4])
    sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com 0xcbcb082a1bb943db
  2. Kemudian pinda senarai repositori pada Ubuntu 12.04, dengan menaip pada terminal
    sudo nano /etc/apt/sources.list/
  3. Kemudian pada editor nano, tambah baris berkenaan (rujuk pada muka laman repositori MariaDB [5]
    # MariaDB repository list - created 2012-06-05 06:53 UTC
    # http://downloads.mariadb.org/mariadb/repositories/
    deb http://ftp.yz.yamagata-u.ac.jp/pub/dbms/mariadb/repo/5.5/ubuntu precise main
    deb-src http://ftp.yz.yamagata-u.ac.jp/pub/dbms/mariadb/repo/5.5/ubuntu precise main
  4. Simpan perubahan yang telah dibuat dengan menekan kekunci [Ctrl] dan [O] serentak
  5. Tutup editor nano dengan menekan kekunci [Ctrl] dan [X] serentak
  6. Kemaskini senarai repositori Ubuntu 12.04, dengan menaip pada terminal
    sudo apt-get update
  7. Setelah selesai, pasang perisian MariaDB, dengan menaip pada terminal
    sudo apt-get install mariadb-server
  8. Seterusnya Ubuntu akan memuat turun perisian MariaDB, kemudian membuang perisian MySQL, dan akhirnya memasang perisian MariaDB. Semasa proses ini, anda akan diminta untuk menaip katalaluan password baru bagi MariaDB
  9. Setelah siap pemasangan MariaDB, anda boleh cuba dengan menaip pada terminal
    mysql -u root -p
  10. Anda akan dapat mesej menyatakan perisian berkenaan adalah MariaDB 5.5


Rujukan:

  1. http://mariadb.org/
  2. http://mysql.com/
  3. http://blog.montyprogram.com/screencast-installing-mariadb/
  4. http://kb.askmonty.org/en/installing-mariadb-deb-files/
  5. http://downloads.mariadb.org/mariadb/repositories/

No comments: