Google Website Translator Gadget

Sunday, June 17, 2012

Pemasangan Drupal 7 Pada Exabytes Linux Biz Hosting

Exabytes merupakan antara web hosting provider yang popular di Malaysia disebabkan kombinasi harga, mutu perkhidmatan dan sokongan, serta strategi pemasaran yang mantap.

Memasang Drupal 7 pada hosting Exabytes Linux Biz Host adalah mudah menggunakan Softaculous melalui Control Panel. Pada Control Panel, klik pada ikon Drupal pada kategori Softaculous Apps Installer. Pada muka seterusnya klik pada butang Install. Kemudian anda akan dapat paparan muka seperti screenshot berikut:

Ikut arahan pada paparan muka tersebut. Sekiranya anda ingin paparkan pada muka hadapan laman web anda, biarkan ruang pada In Directory kosong, bermaksud ini akan memasang Drupal pada direktori utama laman web anda. Pastikan anda menaip Admin Username, Admin Password dan Admin Email anda tersendiri, kalau tidak sesiapa sahaja boleh gunakan teks admin untuk menceroboh laman web anda. Selepas itu klik pada butang Install.

Selepas 1 atau 2 minit, pemasangan telah siap dibuat. Tetapi bila anda cuba layari laman web anda, anda akan dapati mesej Internal Server error. Ini kerana Exabytes mempunyai konfigurasi keselamatan. Untuk membetulkan masalah ini, layari semula ke Control Panel dan klik pada ikon File Manager di bawah kategori Files. Pada dialog yang dipaparkan pilih untuk Show Hidden Files seperti pada screenshot berikut:


Pada paparan File Manager, klik pada fail .htaccess, dan kemudian klik pada butang Edit. Pada paparan cPanel X - File Manager, buat pindaan seperti berikut:

# Follow symbolic links in this directory.
#Options +FollowSymLinks
Options SymLinksIfOwnerMatch

Setelah membuat pindaan berkenaan, klik pada butang Save Changes dan kemudiannya butang Close. Sekarang cuba layari laman web anda. Semoga berjaya.


1 comment:

Whosdamasta said...

Thank you for the info. Sangat2 membantu..