Google Website Translator Gadget

Saturday, July 21, 2012

Modul Internationalization Untuk Drupal 7

Ini adalah sambungan kepada panduan Konfigurasi Drupal 7 Untuk Bahasa Malaysia [1]. Sekiranya anda telah mengikuti panduan berkenaan, anda akan dapat membuat artikel dalam dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Dalam artikel ini, saya teruskan lagi supaya keseluruhan antaramuka laman anda dipaparkan juga dalam dwi-bahasa.

Untuk tujuan itu kita perlukan dua modul iaitu Internationalization dan Variables. Modul-modul ini dapat menterjemahkan menu, block, taxonomy, dan sebagainya.
  1. Log masuk ke laman web Drupal 7 anda sebagai pentadbir
  2. Klik pada menu atas Modules
  3. Pada pelayar web anda, buka suatu tab baru dan layari ke laman web untuk project Variable [2]
  4. Pada senarai Downloads, pilih untuk Recommended releases bagi versi 7 dan klik-kanan pada fail tar.gz berkenaan dan pilih untuk Copy link address
  5. Sekarang kembali ke laman web Drupal 7 dan pada laman Modules, klik pada link Install new module untuk memasang modul baru
  6. Pada laman berikut, klik-kanan pada ruang Install from a URL dan pilih Paste, kemudian klik pada butang Install
  7. Anda akan ditanya untuk aktifkan modul Variable yang baru dipasang. Pada senarai Modules, di bawah Module Variable terdapat berbagai fungsi, klik untuk Enable fungsi Variable, kemudian klik pada butang Save configuration
  8. Pada pelayar web anda, buka suatu tab baru dan layari ke laman web untuk project Internationalization [3]
  9. Pada senarai Downloads, pilih untuk Recommended releases bagi versi 7 dan klik-kanan pada fail tar.gz berkenaan dan pilih untuk Copy link address
  10. Sekarang kembali ke laman web Drupal 7 dan pada laman Modules, klik pada link Install new module untuk memasang modul baru
  11. Pada laman berikut, klik-kanan pada ruang Install from a URL dan pilih Paste, kemudian klik pada butang Install
  12. Anda akan ditanya untuk aktifkan modul Internationalization yang baru dipasang. Pada senarai Modules, di bawah Module Multilingual - Internationalization terdapat berbagai fungsi, klik untuk Enable fungsi Block languages, Contact translation, Internationalization, Menu translation, Multilingual content, String translation dan Translation sets kemudian klik pada butang Save configuration

  13. Sekarang apabila anda memilih untuk bahasa Melayu pada laman web berkenaan [4], semua menu dan link boleh dipaparkan dalam bahasa Melayu.

Rujukan:
  1. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/06/konfigurasi-drupal-7-untuk-bahasa.html
  2. http://drupal.org/project/variable
  3. http://drupal.org/project/i18n
  4. http://kostem.ledger.my/?q=ms/node/4

No comments: