Google Website Translator Gadget

Tuesday, July 10, 2012

Pinda Bartik Theme Untuk Drupal 7 Pada Exabytes Hosting

Sebelum ini saya telah berikan tip ringkas berkaitan pemasangan Drupal 7 bagi hosting di Exabytes [1]. Kali ini saya berikan lagi satu tip untuk meminda Bartik Theme untuk Drupal 7. Disebabkan konfigurasi keselamatan pada hosting Exabytes, pindaan pada Bartik Theme memerlukan sedikit ubahsuai. Sekiranya tidak dibuat ubahsuai, pindaan pada warna dan logo tidak akan menjadi [2].


  1. Log masuk ke Control Panel bagi laman web anda
  2. Kemudian klik pada ikon File Manager di bawah kategori Files
  3. Pada dialog yang dipaparkan, pilih untuk Show Hidden Files
  4. Pada paparan File Manager, pergi ke folder [nama laman anda] > sites > default > files
  5. Pada senarai nama folder dan files, klik pada fail .htaccess, kemudian klik pada ikon Change Permission
  6. Pada dialog Change Permission, tukarkan Permission kepada 644, kemudian klik pada butang Change Permissions
  7. Seterusnya click pada ikon Edit
  8. Pinda kod seperti berikut
    SetHandler Drupal_Security_Do_Not_Remove_See_SA_2006_006Options None#Options +FollowSymLinksOptions SymLinksIfOwnerMatch
  9. Kemudian klik pada butang Save Changes
  10. Sekarang log masuk sebagai pentadbir di laman Drupal anda
  11. Klik pada Appearance di menu pentadbir di atas sekali
  12. Pilih Bartik dan klik pada Settings
  13. Pilih Color set bagi laman anda, atau pun pinda ikut cita rasa anda sendiri, kemudian klik pada butang Save Configuration
  14. Sekarang log keluar dan layari laman anda sebagai pengguna umum untuk semak sekiranya pindaan anda telah berjaya. Sebagai contoh anda boleh layari ke laman web ini http://kostem.ledger.my/

Rujukan

  1. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/06/pemasangan-drupal-7-pada-exabytes-linux.html
  2. http://drupal.org/node/1288970
  3. http://kostem.ledger.my/

No comments: