Google Website Translator Gadget

Sunday, August 5, 2012

Drupal7: Borang Hubungi Kami / Contact Us

Pada minggu ini saya telah menambah satu borang Hubungi Kami pada laman web berbilang bahasa yang dibangunkan menggunakan Drupal versi 7. Ini adalah antara keperluan asas bagi mana-mana laman web untuk membolehkan pengunjung web berkenaan menghantar mesej kepada empunya laman web.

  1. Log masuk ke laman web anda sebagai pentadbir
  2. Klik pada menu atas Modules
  3. Pada senarai Modules untuk Core, klik pada petak Contact
  4. Pada senarai Modules untuk Multilingual - Internationalization, klik pada petak Contact translation
  5. Kemudian klik pada butang Save Configuration
  6. Setelah itu, klik pada menu atas Structure
  7. Pada senarai Structure, klik pada Contact form
  8. Pada senarai Contact form untuk Category, klik Edit untuk pinda Website feedback
  9. Pada borang berikut, pinda Category dari Website Feedback ke Contact Us dan isikan maklumat email penerima Recipients dan mesej untuk Auto-reply.
  10. Kemudian klik pada butang Save and translate
  11. Pada senarai Translate Contact category, klik Translate untuk terjemahkan kepada bahasa Melayu
  12. Pada borang Translate to Malay, pinda Category dari Contact Us ke Hubungi Kami dan terjemahkan mesej Auto-reply
  13. Kemudian klik pada butang Save translation
  14. Setelah itu, klik pada menu atas Structure
  15. Pada senarai Structure, klik pada Contact form
  16. Klik pada Menus administration page bagi mengaktifkan menu ke borang Hubungi Kami
  17. Pada senarai Menus, klik pada list links untuk Main menu
  18. Pada senarai Main menu, klik pada Add link
  19. Pada borang Main menu, isikan pada Menu link title tajuk Contact Us, pada node Path ke contact, dan pilih Language untuk English
  20. Kemudian klik pada butang Save
  21. Pada senarai Main menu, klik pada Add link
  22. Pada borang Main menu, isikan pada Menu link title tajuk Hubungi Kami, pada node Path ke contact, dan pilih Language untuk Malay
  23. Kemudian klik pada butang Save
  24. Setelah itu pada senarai Main Menu, klik pada butang Save Configuration
  25. Sekarang, klik pada menu atas People
  26. Pada senarai People, klik pada tab Permissions
  27. Klik pada petak Use the site-wide contact form untuk kumpulan pengguna Anonymous User dan Authenticated User
  28. Kemudian klik pada butang Save permissions
  29. Sekarang pada laman web anda mempunyai borang Hubungi Kami untuk bahasa Melayu dan Contact Us untuk bahasa English.

No comments: