Google Website Translator Gadget

Saturday, August 25, 2012

Drupal7 : Muat Naik Lampiran

Bagi membolehkan anda memuatnaik fail sebagai lampiran kepada muka laman kandungan, anda perlu membuat sedikit konfigurasi pada Drupal versi 7 menerusi jenis kandungan content type.

Log masuk sebagai pentadbir ke laman web anda. Kemudian klik pada menu Structure > Content types. Pada senarai Content types, klik pada Manage fields pada baris Basic page. Pada muka laman seterusnya, isikan pada ruangan Add new field = Attachment ; Field = File ; dan Widget = File ; kemudian klik pada butang Save. Pada muka laman seterusnya, isikan pada ruangan Allowed file extensions = txt, png, jpg, jpeg, pdf, ods, odp, odt ; kemudian klik pada butang Save settings.

Bagi membuat terjemahan, pada muka laman Manage fields, klik pada Edit pada baris Attachment. Seterusnya klik pada tab Translate. Seterusnya klik pada Translate pada baris Malay. Isikan pada ruangan Label = Lampiran ; kemudian klik pada butang Save translation.

Rujukan

  1. http://drupal.org/node/1026432

No comments: