Google Website Translator Gadget

Wednesday, August 22, 2012

Panduan Untuk Ubahsuai Profil Pengguna di Drupal 7

Artikel ini memberi panduan untuk konfigurasi profil pengguna pada aplikasi web berasaskan perisian Drupal 7. Melalui konfigurasi ini, pentadbir boleh menetapkan apakah maklumat yang diperlukan untuk seseorang itu menjadi pengguna pada aplikasi web berkenaan. Sebagai contoh anda mungkin inginkan pengguna menyatakan tarikh lahir mereka.

Cara paling mudah ialah menggunakan fungsi sedia ada yang terdapat pada Drupal iaitu melalui menu Configuration > People > Account Settings > Manage Fields.


Bagi membolehkan maklumat tambahan itu dipaparkan dalam berbilang bahasa, aktifkan pilihan pada menu Modules > Multilingual - Internationalization > Field translation


Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tarikh, tambah modul Date melalui menu Modules > Install new module. Selepas itu aktifkan pilihan Date, Date API dan Date Popup melalui menu Modules > Date/Time. Kemudian klik butang Save configuration.

Bagi mendapatkan ciri-ciri yang lebih, umpamanya untuk maklumat bagi pendaftaran keahlian pada kelab, persatuan atau koperasi, gunakan modul Profile2. Dengan menggunakan modul Profile2, maklumat profil peribadi pengguna boleh disorok dari paparan umum dan pengguna lain. Modul Profile2 memerlukan juga modul Entity. Selepas kedua modul berkenaan ditambah melalui menu Modules > Install new module, aktifkan pilihan Entity API dan Profile2 pada menu Modules > Other. Kemudian klik butang Save configuration.

Selain dari modul Profile2 dan Entity API, saya juga syorkan modul Field Validation. Modul ini dapat membantu untuk mengawal aksara yang ditaip bagi sesuatu maklumat profil. Sebagai contoh, bagi maklumat nama, modul ini boleh tetapkan hanya abjad sahaja yang boleh ditaip, begitu juga untuk nombor telefon hanya nombor sahaja yang boleh ditaip. Modul Field Validation memerlukan juga modul Chaos Tools Suite (ctools). Selepas kedua modul berkenaan ditambah melalui menu Modules Install new module, aktifkan pilihan Chaos Tools, Field Validation dan Field Validation UI pada menu Modules > Fields. Kemudian klik butang Save configuration.

Selepas itu, klik pada menu Structure > Profile Types. Pada muka laman Profile Types akan disenaraikan Main Profile. Pada baris Main Profile, klik pada Edit untuk membuat pindaan pada Profile Type berkenaan. Pada muka laman Main Profile, klik pada tab Manage Fields.

Pada muka laman Main Profile > Manage fields tambah maklumat profil pendaftaran yang diperlukan. Sebagai contoh untuk menambah maklumat MyKad, taip pada ruangan Add new field = Member MyKad, Field = Text dan Widget = Text field. Kemudian klik pada butang Save.

Seterusnya buat konfigurasi pada muka laman Main Profile > Manage fields > Member MyKad > Field Settings. Isikan pada ruangan Maximum length = 14, kemudian klik pada butang Save field settings. Setelah itu isikan pada ruangan Label = Member MyKad Number, Required field = Ya, Help text = eg 991231-10-1234, Number of values = 1 dan Make the content of this field private = Ya. Kemudian klik pada butang Save settings.

Pada muka laman Main Profile > Manage fields, pada baris Member MyKad klik pada Validate untuk buat pindaan tambahan pada maklumat MyKad yang diperlukan. Pada senarai Add a validation rule, klik pada pilihan Regular expression. Pada muka laman Add rule, isikan pada ruangan Rule name = MyKad Format, Column = value, Regex code = ^\d\d(0[1-9]|1[012])(0[1-9]|[12][0-9]|3[01])-[0-9]{2}-[0-9]{4}$ kemudian klik pada butang Save rule.

Untuk dwi-bahasa, pada muka laman Main Profile > Manage fields > Member MyKad, klik pada tab Translate. Pada baris Malay, klik pada Translate. Kemudian isi pada ruangan Label = Nombor MyKad Anggota, dan Description = Sila taip nombor MyKad anda, cth 991231-10-1234. Kemudian klik pada butang Save translation.


Konfigurasi ini adalah agak rumit, tetapi pengetahuan ini akan dapat membantu anda untuk membuat berbagai jenis pendaftaran / permohonan melalui web. Moga anda dapat cuba jaya.


Rujukan:

  1. http://drupal.org/node/874026
  2. http://drupal.org/project/profile2
  3. http://drupal.org/project/entity
  4. http://drupal.org/project/field_validation
  5. http://www.lullabot.com/articles/module-monday-field-validation
  6. http://drupal.org/node/1074296
  7. http://drupal.org/project/date


No comments: