Google Website Translator Gadget

Saturday, September 15, 2012

Perbandingan Petrol Esso RON95

Pada artikel yang lepas saya telah buat kajian bagi petrol RON 95 jenama Petronas dan BHP. Bagi setiap RM1.00 saya dapat 8.41km menggunakan jenama Petronas dan 8.39 untuk jenama BHP.

Pada artikel ini saya akan buat kajian untuk jenama ESSO pula. Kajian dibuat menggunakan kenderaan harian saya iaitu Proton Savvy 1.2 AMT. Untuk setiap pengisian adalah lebih kurang RM50. Harga seliter petrol adalah RM1.90.

Perjalanan kebiasaannya adalah 100km sehari untuk ulang-alik antara rumah saya di Presint 9, Putrajaya dan tempat bertugas iaitu Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keadaan trafik kebiasaannya adalah separuh lancar dan separuh sesak. Penghawa dingin sentiasa dipasang. Berikut adalah data penggunaan petrol saya.

  1. 15 Sep 2012: RM50; 0.0km
  2. 19 Sep 2012; RM50; 383.3km
  3. 23 Sep 2012; RM50; 779.2km
  4. 28 Sep 2012; RM15; 1291km (Petronas)*
  5. 30 Sep 2012; RM20; 1394km
  6. 2 Okt 2012; RM50; 1539km
  7. 7 Okt 2012; RM50; 1920km
  8. 11 Okt 2012; RM50; 2338km
  9. 16 Okt 2012; RM50; 2764km
  10. 21 Okt 2012; RM50; 3140km
  11. 25 Okt 2012; RM46; 3498km
  12. 30 Okt 2012; RM50; 4005km
  13. 3 Nov 2012; RM50; 4337km (sekarang stesen minyak Esso mula bertukar kepada Petron)
  14. 7 Nov 2012; 4782km (yang terakhir dalam ujian ini)


Pada 28 Sep 2012, saya terpaksa gunakan petrol Petronas, kerana kereta saya kehabisan petrol semasa memandu balik ke Putrajaya di km 407.3 Lebuhraya Utara Selatan. Mujur dan amat berterima kasih kepada PLUS Ronda yang telah membantu untuk tarik kereta saya ke Tol Kajang dan kemudiannya membelikan petrol untuk diisi. Semasa itu, secara purata saya telah gunakan sekitar 8.6km bagi setiap RM1 petrol Esso. Saya akan teruskan ujian ini untuk 1 bulan lagi.

Saya tertarik untuk membuat kajian untuk petrol RON 95 jenama ESSO ini kerana dikatakan ganjaran mata Smiles Loyalty adalah yang paling bernilai tinggi.

Baiklah, selepas hampir 50 hari, RM581 dan 4,782km, saya telah capai 8.23km untuk setiap RM1.00, bersamaan dengan 15.64km untuk setiap 1 liter petrol. Secara amnya penggunaan Esso adalah 2.1% lebih buruk berbanding dengan Petronas. Mungkin ini disebabkan keadaan dan corak trafik adalah berbeza dari dahulu. Perlu buat kajian semula dengan penggunaan Petronas.

Artikel-Artikel Lepas:

  1. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/01/perbandingan-petrol-bhp-infiniti-95.html
  2. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2011/12/perbandingan-petronas-primax95.html

2 comments:

Umarzuki Mochlis said...

kalau dapat disertakan waktu menuang minyak (ada kaitan dengan ketumpatan per liter dan suhu) bagus juga. lebih terprinci

Raja Iskandar Shah said...

Betul tu. Buat sebulan ini, isi pada waktu malam, antara 10pm - 11pm masa balik dari kerja. Elok juga kalau ada catatan cuaca, kalau hujan dsb. Next round kot boleh tambah that info... Lagi 2 bulan boleh share info berdasarkan Petrol Card Shell.