Google Website Translator Gadget

Saturday, September 15, 2012

Tukar Tangki Ikan Baru

Pada artikel-artikel sebelum ini, saya menceritakan peliharaan ikan guppy dan ikan platy. Pada hari ini saya dapat hadiah baru, iaitu tangki ikan yang lebih besar. Kalau dibandingkan dengan yang sebelum ini mungkin 6 kali ganda lebih besar. Ukuran bagi tangki ini adalah 40 x 26 x 30 cm yang boleh memuatkan 28 liter padu. Harganya adalah RM 70 dan dibeli di MidValley Mega Mall.

Filter sedia ada masih boleh digunakan, serta hiasan jambatan. Tambahan baru ialah pasir bagi mengimbangkan hiasan koral. Hiasan koral akan mengakibatkan air menjadi sedikit alkaloid (brackish), jadi pasir digunakan untuk mengimbangi kesan berkenaan untuk disesuaikan bagi ikan air tawar seperti guppy dan platy. Juga digunakan ialah ubat anti-klorin. Dalam masa 2 jam ini, air masih kelihatan sedikit keruh, mungkin disebabkan keladak dari pasir. Biar sehingga esok pagi dan boleh lihat samada filter mampu menjernihkan sedikit air.









Artikel lain

  1. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/08/ikan-platy-merah-dan-biru-sebagai-teman.html
  2. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/06/ikan-platy-dan-ikan-guppy.html
  3. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/03/alatan-dan-hiasan-ikan-guppy.html
  4. http://rajaiskandarshah.blogspot.com/2012/03/projek-bela-ikan-guppy.html

No comments: