Google Website Translator Gadget

Tuesday, November 13, 2012

Perbandingan Kedua Petrol Petronas RON95

Ini adalah ujian kedua untuk penggunaan petrol RON95 jenama Petronas. Pada ujian yang lalu saya mencapai 8.41km untuk setiap RM1.00 [1] dengan menggunakan kereta Proton Savvy 1.2 AMT berulang antara Putrajaya dan Bandar Tasik Selatan melalui lebuhraya Besraya.

Bagi ujian kedua ini, masih menggunakan kereta Proton Savvy 1.2 AMT (berhawa dingin sentiasa) tetapi berulang antaran Putrajaya dan Setiawangsa melalui lebuhraya Besraya dan Jalan Lingkaran Tengah II (Middle Ring Road 2) iaitu perjalanan 50km sehala dalam keadaan trafik yang bercampur. Sebelum ini ujian ini dengan menggunakan petrol RON95 jenama Esso mencapai 8.23km untuk setiap RM1.00 [2]. Berikut adalah peta perjalanan.



Berikut adalah jadual pengisian petrol RON95 Primax95 Xtra jenama Petronas. Harga petrol semasa RON95 adalah RM1.90 bagi setiap 1 liter.

  1. 7 Nov 2012 8.15pm ; RM40.00 ; 0km ; cuaca hujan (9.43km/RM)
  2. 12 Nov 2012 10.03pm ; RM40.00 ; 377.3km ; cuaca hujan (8.94km/RM)
  3. 16 Nov 2012 2.00pm ; RM40.00 ; 734.8km ; cuaca panas (8.33km/RM)
  4. 18 Nov 2012 3.03pm ; RM40.00 ; 1067.8km; cuaca hujan (9.64km/RM)
  5. 22 Nov 2012 3.53pm ; RM40.05 ; 1453.5km ; cuaca hujan (8.04km/RM)
  6. 25 Nov 2012 3.23pm ; RM40.10 ; 1775.7km ; cuaca panas (9.14km/RM)
  7. 28 Nov 2012 10.09pm ; RM40.00 ; 2142.1km ; cuaca sejuk (8.76km/RM)
  8. 1 Dis 2012 3.34pm ; RM20.00 ; 2492.3km ; cuaca hujan (7.74km/RM)
  9. 3 Dis 2012 9.53am ; RM20.00 ; 2647.0km ; cuaca cerah (11.15km/RM)
  10. 5 Dis 2012 9.00pm ; RM40.36 ; 2869.9km ; cuaca hujan (8.36km/RM)
  11. 9 Dis 2012 7.21pm ; RM40.00 ; 3207.4km ; cuaca hujan (5.97km/RM)
  12. 11 Dis 2012 12.31pm ; RM40.00 ; 3446km ; cuaca cerah (8.44km/RM)
  13. 14 Dis 2012 7.59am ; RM20.00 ; 3783.6km ; cuaca cerah (9.76km/RM)
  14. 15 Dis 2012 10.24pm ; RM20.00 ; 3978.8km ; cuaca cerah   
Jumlah RM460.51 untuk 3978.8km pada purata 8.64km/RM.

Rujukan

2 comments:

Abbas Abdul Wahab said...

Bagi saya, Ron 95 Petronas vs. Shell, Shell menang tapi Ron 95 Shell vs. BP, kalau tak salah BP menang

Raja Iskandar Shah said...

Akan cuba BP semula in Jan 2013. Antara Petronas dan Shell bergantung kepada model kenderaan. Kalau atas Proton Savvy, petrol Shell boleh rasa tak selesa. Agak hampa kenapa Esso tidak dapat mileage yang baik.
Tuan guna kereta apa ?
Bagi pihak KOSTEM, kami amat berharap dapat artikel berkaitan QGIS - ini amat sesuai sebagai pendedahan kepada administrators dan programmers.