Google Website Translator Gadget

Tuesday, December 25, 2012

Perbandingan Maybank2U dan Maybank2E Untuk Syarikat

Bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) ada menawarkan dua jenis perkhidmatan bagi perbankan internet iaitu, Maybank2U dan Maybank2E. Terdapat perbezaan ketara antara dua perkhidmatan berkenaan.

Pertamanya antaramuka pengguna amat berbeza dimana Maybank2U mengguna menu channels melintang dan menu fungsi di sisi, manakala Maybank2E menggunakan tree menu disisi.

Keduanya, sepertimana untuk individu, Maybank2U memboleh semua pengguna untuk melaksanakan transaksi. Berbeza dengan Maybank2E di mana pengguna terbahagi kepada Data Entry dan Authoriser.

Maybank2U untuk syarikat mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Maybank2U untuk individu, dengan satu perbezaan yang besar, iaitu pengurusan penerima. Bermaksud untuk menambah penerima, pihak syarikat perlu mengemukakan borang pendaftaran penerima ke cawangan bank Maybank berkenaan.

1 comment:

Khairul NIzam said...

masih tak paham nih..mohon lebih penjelasan.