Google Website Translator Gadget

Thursday, January 17, 2013

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 MRSM Parit, Perak

Syukur, pada hari Selasa 15 Januari 2013, saya sekeluarga telah menghantar anak sulung saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 1 di MRSM Parit yang terletak di daerah Perak Tengah. MRSM Parit baru dibuka mengambil pelajar pada pertengahan tahun 2012. Bagi pelajar tingkatan 1 MRSM Parit, mereka akan mengikuti program iGCSE dan akan menduduki peperiksaan taraf O Levels pada tingkatan 4.

Sekolah tampak bersih dan kemas, serta teratur. Manakala pelajar sediaada nampak selesa dan gembira bersama rakan sebaya. Isteri saya berkata Pengetua agak sampoi apabila menyampaikan taklimat kepada ibubapa pelajar baru. Saya juga berkesempatan berbual dengan Timbalan Pengetua. Semoga urusan dan perancangan pihak sekolah dipermudahkan.













7 comments:

Han Slumber said...

saya ketua bilik 47, bilik anak en bersebelahan bilik saya, baru lawan chess dengan dia.. anak en memang awesome & baik :)

Raja Iskandar Shah said...

TQ. Sofia lambat untuk berkenalan dengan kawan, harap jangan anggap dia sombong. Best of luck di MRSM Parit.

Marinez said...

salam, anak sy di tingkatan satu juger tapi lelaki.

masalah kecurian sgt berleluasa. sy risau tahap moral anak2 di <RSM Parit.

Apa tindakan cikgu bila anak2 report kejadian mencuri. dgr kabar dlm seminggu sejumpalah rm1000 hilang dicuri!!

apa berita di asramapuri?

sy risau. minta dpt highlight pada YDP PIBG.

TQ
Marina

Raja Iskandar Shah said...

Boleh diajukan masalah dan cadangan menerusi laman Facebook https://www.facebook.com/muafakat.mrsmparit

Untuk makluman, anak saya (perempuan) tidak pula ada menyebut tentang kecurian wang. Tetapi dia sendiri kehilangan kasut sukan (mujur bukan yang mahal).

EXO said...

bilik dia macam mana? satu bilik berapa orang?

MNA said...

ASalam Encik Iskandar,

Salam perkenalan. Nama saya Mohd Nizar Ahmad. Tinggal di Shah Alam.

Anak saya berada dalam Tingkatan 1 tahun 2015.

Baru menjadi AJK Muafakat Parit pada 22/04/2015 lalu. Ditugaskan dalam Biro Kebajikan, Komunikasi, Kerohanian.

Saya sedang membina "Communication Pipeline" rasmi, khas untuk IbuBapa MRSM Parit Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Objektif, untuk menyatukan dan menghubungkan Pentadbiran Maktab~IbuBapa dengan lebih berkesan melalui WA Group.

Jikalau tidak keberatan, harap Encik Iskandar dapat hubungi saya 0132320990, melalui WA pun okay.

Terima kasih.

MNA

Raja Iskandar Shah said...

Wa'alaikumsalam Tn. Nizar

Yups, saya telah dimaklumkan perlantikan tuan sebagai AJK Muafakat Parit. Saya dalam group Whatsapp Mrsm Parit F3 2015 - group admin adalah Pn Azma.

Kami amat menghargai initiative Tuan sebagai communication medium antara ibubapa dan pihak MRSM Parit. Moga usaha Tuan dan AJK Muafakat dapat membuatkan MRSM Parit kekal cemerlang.