Google Website Translator Gadget

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Hari ini kita 12 Rabiulawal, kita mengenang kembali hari kelahiran dan hari kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Seorang insan yang telah berjaya membawa perubahan yang besar kepada sekalian umat.

Umur saya sudah pun melebihi 40 tahun, di mana usia bukan semakin meningkat, tetapi sebenarnya makin singkat. Dalam usia yang semakin singkat dan masa yang makin sibuk dengan tugas-tugas, saya berazam untuk mencapai satu hasrat, iaitu menulis lebih kerap.

Pada tahun lepas, saya telah capai 30 blog posts. Iaitu lebih sedikit dari 1 blog post setiap 2 minggu. Tahun ini untuk lebih baik perlukan 1 blog post setiap minggu. Masa untuk diri saya sendiri sebagai sumbangan kecil dalam perkongsian ilmu.

Generasi kini lebih kerap dengan 'texting' samada melalui SMS, BB, FB atau Twitter. Bilangan mereka yang berkarang dalam forum dan blog semakin berkurangan. Pada saya ini adalah satu tragedi, dimana walaupun kita senang bertelekomunikasi, tetapi kita lupa berkomunikasi.

Salam Maulidur Rasul.

No comments: