Google Website Translator Gadget

Saturday, February 23, 2013

Berpindah Dari Ubuntu 12.10 ke Linux Mint 14

Setelah bertahun-tahun dengan sistem operasi Ubuntu untuk komputer peribadi saya, hari ini saya berpindah ke sistem operasi Linux Mint . Ini untuk netbook Lenovo Thinkpad x100e yang mempunyai prosesor AMD Athlon Neo 1GHz dan 2GB RAM, serta 300GB hard disk.

Ada dua sebab untuk saya tinggalkan Ubuntu. Pertama, kerana sejak Ubuntu 12.04, sistem semakin berat untuk prosesor, dan kedua, kerana saya rasa kurang senang dengan ciri Heads Up Display (HUD). Sehingga untuk buat kerja terpaksa cari aplikasi melalui HUD, kemudian tunggu aplikasi untuk loading.

Sebelum ini melalui perbincangan maya komuniti open source di Malaysia, ada yang menyebut Linux Mint sebagai alternatif kepada Ubuntu. Pada laman www.distrowatch.com , populariti Linux Mint pun sudah atasi Ubuntu sendiri.

Linux Mint itu sendiri merupakan cabang dari Ubuntu sendiri. Ianya tetap menggunakan packages dari repositori Ubuntu. Tetapi mempunyai citarasa tersendiri. Antara citarasa yang terdapat adalah Gnome, KDE, xfce, MATE, dan Cinnamon. Saya memilih Cinnamon (bahasa melayu kayu manis) nampak menarik dan ringan (macam pilih donut pula).

Muat turun fail iso imej dari laman web www.linuxmint.com kemudian buatkan satu USB Installer bagi fail berkenaan. Cucuk USB pada netbook, kemudian pasangkan netbook. Loading agak pantas dan boleh kenali wifi pada mobile hotspot dari telefon bimbit BlackBerry Bold 9900. Kemudian klik pada ikon Install untuk pasangkan pada netbook berkenaan. Pemasangan mengambil masa 30 minit untuk saya.


Antaramuka adalah seakan Ubuntu 10.04, dimana pada menu aplikasi disusun mengikut kategori, dan nama aplikasi yang telah dibuka dipapar pada panel berkenaan. Ikon Maximize, Minimize dan Close untuk tetingkap pada penjuru atas kanan (bagi pengguna Ubuntu tegar sebentar saya, ambil sedikit masa untuk biasakan dari penjuru atas kiri).


Arahan commandline pada terminal adalah serupa seperti pada Ubuntu. Semasa saya pasangkan aplikasi Netbeans melalui arahan sudo apt-get install netbeans , package yang diperlukan diambil dari repositori Ubuntu. Jadi bagi pengguna Ubuntu, berpindah ke Linux Mint adalah mudah.

1 comment:

AminCv said...

Salam..sy tertarik dengan post anda dan menyokong penggunaan distro linux di Malaysia..:LinuxMint13 user