Google Website Translator Gadget

Sunday, February 24, 2013

Bertukar Dari Yes4G ke Maxis Home Fibre di Putrajaya

Pada hari Sabtu, 23 Mac 2013, saya telah memasang perkhidmatan jalur lebar Maxis Home Fibre di rumah Putrajaya. Sebelum ini saya menggunakan perkhidmatan Yes 4G. Pertukaran ini atas sebab kos.

Perkhidmatan Yes 4G menawarkan capaian internet sebanyak 10GB pada kelajuan 5Mbps untuk harga RM150 sebulan. Menggunakan rangkaian 4G, perkhidmatan ini mobile dan boleh digunakan di mana-mana tempat yang mempunyai liputan. Di sepanjang lebuhraya PLUS Utara-Selatan boleh menonton video YouTube sambil bergerak dalam kenderaan.

Saya mula menggunakan perkhidmatan Yes 4G apabila berpindah ke Putrajaya pada 2011. Ketika itu perkhidmatan broadband lain dari Maxis dan Celcom sangat buruk di kawasan rumah saya di Presint 9. Kelajuan Yes 4G di rumah saya pada purata adalah 5Mbps (adakala lebih dari itu).

Cuma kuota 10GB ini tidak memadai bagi kami sekeluarga, dan kadang-kadang perlu top-up lagi walaupun belum cukup sebulan. Adakala sehingga berbelanja RM300 (RM150 x 2) sebulan. Maklumat berkaitan kadar perkhidmatan Yes 4G boleh didapati di laman web http://www.yes.my/v3/personal/plans/prepaid/add-ons/valuepacks.do

Saya bertukar kepada Maxis Home Fibre yang menawarkan kelajuan 10Mbps tanpa kuota untuk harga RM138 sebulan (harga istimewa bagi pelanggan pascabayar Maxis). Ini didatangkan dengan alatan telefon DECT, modem dan Wifi network access point.



Alatan Network access point ini selain dari Wifi, juga mempunyai 4 ethernet port, 2 USB port, dan port bagi talian ke telefon DECT. Wakil dari Maxis ada menyebut, syarikat Maxis akan menawarkan Astro IPTV pada masa hadapan. Kadar pakej bagi Maxis Home Fibre boleh didapati di laman web http://www.maxis.com.my/home/plans_fibre.asp




Gambaran di atas menunjukkan kelajuan Maxis Home Fibre yang mampu mencapai 10Mbps (10,000,000 bits sesaat). Dengan kelajuan ini, saya mampu menonton video High-Definition (HD) pada laman YouTube tanpa tersekat-sekat.

Menariknya, alatan modem dan kabel rangkaian fibre disediakan oleh pihak TM Unifi. Bertungkus lumus kontraktor TM Unifi untuk membuat pemasangan kabel ke rumah saya kerana laluan trunking sudah padat. TM Unifi juga turut menawarkan perkhidmatan jalur lebar kelajuan 5Mbps tanpa kuota untuk harga RM149 sebulan. Ini termasuk panggilan percuma ke talian tetap TM. Maklumat boleh didapati di laman web http://www.tm.com.my/unifi/home/Pages/packages-VIP.aspx

Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada perkhidmatan mudah alih 4G, tetapi buat masa ini perkhidmatan ini lebih mahal jika diambil kira kuota yang terhad. Mungkin pada masa hadapan akan ada syarikat yang dapat menawarkan 50GB pada hari RM150 ?

7 comments:

Anonymous said...

setakat ni time broadband tawar 100mbps quota 10gig rm179 sebulan.

rujuk: http://www.time.com.my/consumer/time_fibre_broadband.asp

Raja Iskandar Shah said...

Malangnya Time Broadbank tidak mempunyai liputan untuk kawasan Putrajaya. Untuk saya sendiri kelajuan 10Mbps dan tanpa kuota sudah cukup memadai.

naz said...

Good info tuan..masih fikirkan samaada utk pasang unifi 5mbps rm149 atau maxis home fibre 10mbps rm148..

Anonymous said...

salam tuan, saya tinggal di putrajaya presint 14. boleh bagi sedikit komen mengenai kualiti servis dan connection sekarang. surfing dan streaming ok? speed dan ping ok? bagaimana dengan torrent download dan P2P. banyak komen negatif mengenai maxis fibre di forum2. tapi saya masih optimis. harap tuan sebagai pengguna di putrajaya dapat memberi input. terima kasih

Raja Iskandar Shah said...

Wassalam,
Saya masih lagi pelanggan Maxis Home Fibre. Kelajuan download and upload masih baik. YouTube HD tidak tersekat-sekat. Saya tidak gunakan torrent atau P2P, jadi tidak dapat komen.
Kualiti servis helpdesk amat baik, kalau telefon support pasti akan dijawab dalam tempoh 30 saat. Mutu khidmat pelanggan yang amat baik adalah sebab utama saya memilih Maxis.

Mohd Nehal said...

Salam Tuan. Informasi yang amat berguna. Sekiranya Tuan tidak keberatan, disini saya ada beberapa soalan untuk diajukan. Respon Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Soalan saya adalah, adakah Tuan menetap di Rumah teres atau apartment? Bagaimanakah kualiti perkhidmatan sekarang? Adakah Tuan melanggan Astro IPTV sekali? Jika yea, bagaimana pula kualitinya? sekian, terima kasih

Raja Iskandar Shah said...

Saya masih lagi pelanggan Maxis Home Fibre. Saya menetap di rumah teres, saya, isteri dan anak biasanya menonton youtube serentak tanpa masalah tersekat-sekat. Kualiti perkhidmatan masih baik. 3 bulan lepas ada gangguan, saya telefon customer service dan mereka hantarkan technician untuk baiki masalah kabel tersimpul di switch TM. Saya tidak melanggan Astro IPTV.