Google Website Translator Gadget

Monday, February 11, 2013

Pemanduan ke MRSM Parit Perak

Jarak perjalanan dari Putrajaya ke MRSM Parit di Perak adalah lebih kurang 250km. 210km melalui lebuhraya Elit, NKVE dan PLUS, kemudian keluar pada tol Gopeng dan lebih kurang 40km melalui jalan biasa. Jumlah tol adalah RM28.80 dari Putrajaya ke Gopeng. Jika tidak berhenti, masa perjalanan adalah 2 jam 30 minit pada kelajuan mengikut had laju jalan.


Selepas keluar dari Tol Gopeng, belok kanan di persimpangan lampu trafik. Kemudian selepas Petronas belok kiri ke arah Batu Gajah. Jalan ini akan melalui Kellie's Castle dan Kuil Hindu, selepas itu belok kiri di persimpangan lampu trafik. Teruskan perjalanan ke pekan Parit. Di pekan Parit, belok kanan di persimpangan lampu trafik.



Saya juga telah buat perbandingan bagi 3 model kereta Proton dari segi penggunaan petrol bagi perjalanan pergi-balik (jarak lebih kurang 500km), dan berikut adalah hasilnya:
1. Proton Saga 1.3 Auto 2009 : RM80
2. Proton Waja 1.6 Auto 2009 : RM80
3. Proton Savvy 1.2 AMT 2007 : RM50

Semasa saya gunakan Proton Saga, cuaca hujan yang lebat dan terdapat kesesakan semasa pulang, Mungkin itu yang menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Penggunaan petrol Proton Savvy adalah terbaik dengan kelajuan mendatar 110 km/jam pada lebuhraya dan 80 km/jam di luar lebuhraya. Semuanya dengan petrol jenama Petronas Primax 95.

1 comment:

Abbas Abdul Wahab said...

1. Tyre pressure sebelum bertolak ada check ke tidak dan dipastikan mengikut rating seperti User Manual?
2. Sudah pasti bukan 'mungkin' kalau ada hujan, walaupun sikit akan menyebabkan pengguna petrol yang lebih.
3. Ada buat asessment berbanding dengan power to weight ratio ke tidak?