Google Website Translator Gadget

Sunday, March 10, 2013

Ikan Comet Goldfish Gantikan Ikan Platy

Setelah 9 bulan, akhirnya ikan platy merah saya telah berkurangan sehingga tinggal 1 ekor sahaja. Ikan-ikan platy dan guppy yang saya pelihara tidak pernah dapat membiak. Pada bulan ini mati 2 ekor. Mungkin perubahan cuaca yang lebih panas menjadi antara sebab. Tangki ikan saya pun terletak bersebelahan pintu kaca.

Apapun saya mencuba pula dengan membela ikan Comet Goldfish, dalam bahasa melayu Ikan Emas Komet (tahi bintang). Saya telah membeli 5 ekor pada harga RM2.00 seekor. Ikan ini berukuran lebih kurang 4 inci, dan agak menarik seperti ikan koi yang kecil. Ia hidup dalam air tawar, seperti ikan platy dan guppy. Setakat ini, ikan Platy 1 ekor hidup bersama dengan 5 ekor ikan Comet Goldfish ini.

Makanan ikan Comet Goldfish adalah jenis pellet kecil untuk ikan Goldfish. Ikan yang saya beli berwarna merah keemasan. Dengan saiz yang lebih besar, ianya amat cantik untuk dipelihara dalam tangki ikan berukuran sederhana.

Ikan Comet Goldfish dan Ikan Platy Merah

Ikan Comet Goldfish Berwarna Merah dan Kuning Keemasan





3 comments:

jimi said...

hi.. nak komen sikit..
kalau awak masih guna pam yang besar tu baik awak cuba guna filter yang guna buih (jenis letak kat penjuru, ada filter kat dalam).. dari pengalaman saya ikan penat berenang, badan mudah luka bila kena sedut..

jimi said...
This comment has been removed by the author.
Raja Iskandar Shah said...

TQ. Saya pun bercadang nak gantikan filter.