Google Website Translator Gadget

Saturday, March 9, 2013

Sehari Outing MRSM Parit dan Melawat Kuala Kangsar

Pada hari Ahad lepas, saya dan keluarga mengambil anak dari MRSM Parit untuk outing harian ke Kuala Kangsar. Kuala Kangsar terletak lebih kurang 40km dari MRSM Parit melalui pekan Manong. Di Kuala Kangsar kami singgah di KFC, SMK Clifford, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Muzium DiRaja Perak (istana lama).


Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan alma mater datuk dan diri saya. Apabila melawat, anak-anak saya tegur asrama West Wing dan East Wing berkeadaan comot. Tentunya tidak seindah MRSM Parit yang mempunyai bangunan yang moden. Secara kebetulan Pengetua MRSM Parit juga adalah alumni dari Kolej Melayu. SMK Clifford pula adalah alma mater ayah saya, yang membesar di kawasan Bukit Chandan.

Semasa di MRSM Parit, saya berkesempatan untuk jumpa YDP PIBG yang hampir setiap hujung minggu berada di sana, walaupun menetap di Kajang. Sungguh komited beliau. Tajuk perbualan kami adalah berkaitan tambahan kipas untuk Surau. Antara cadangan yang dibincangkan adalah untuk letakkan kipas besar, dimana setiap bilah kipas berukuran 2 meter (atau sehingga 4 meter).


Kipas ini dikenali sebagai High Volume Low Speed (HVLS) Fans. Ianya sesuai untuk kawasan indoor ruang yang besar seperti kilang, dewan dan masjid. Ianya mampu memberi penjimatan elektrik sehingga 30% berbanding dengan kipas-kipas kecil yang banyak untuk meliputi ruang yang sama. Kerana kipas HVLS meliputi ruang yang lebih besar, ia akan menggerakkan volume udara yang lebih besar dan memberikan cooling effect yang lebih baik.

Di MRSM Parit, saya juga berkesempatan berjumpa dengan seorang bapa murid Tingkatan 1 yang menetap di Shah Alam dan berkhidmat di SIRIM Shah Alam. Anak kami di Tingkatan yang sama, tetapi berlainan dorm dan kelas. Setiap hujung minggu dia berulang alik Shah Alam dan Parit menggunakan perkhidmatan tren ETS.

Saya pula tidak akan berjumpa dengan anak saya sehingga pertengahan bulan April 2013. Walaupun akan ada cuti pendek semester 22 - 31 Mar 2013. Ini kerana saya akan berangkat mengerjakan Umrah pada 21 hingga 2 April 2013 bersama dengan pengarah syarikat di tempat kerja saya.

6 comments:

hrsw said...

masjid UTHM pun pakai kipas ni.

Anonymous said...

haraf dapat banyak kan kipas, menurut anak saya panas dlm surau , terasa peluh mengalir. Saya amat setuju tambahan kipas di kutip dari ibu bapa yg berkemampuan sebagai amal jariah.

terima kasih

Raja Iskandar Shah said...

Pihak Muafakat MRSM Parit sedang mengumpul dana untuk memasang air-cond. Sesiapa yg ingin turut sumbang, sila hubungi Muafakat MRSM melalui Facebook. Juga ada perjumpaan Muafakat MRSM Parit pada Ahad 30 Mac 2014.
Sebelum ini syarikat FEHM telah pun menambahkan kipas pada tiang2 surau (dari 2 kepada 4). Tetapi disebabkan cuaca yg panas sejak kebelakangan ini, masih lagi perlukan kaedah baru.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,
saya baru lepas call MRSM Parit, katanya pendaftaran utk form 2,3,5 adalah seperti surat tawaran iaitu ahad 4 Jan 2015.
Bila saya call MARA HQ katanya MRSM Parit daftar 13 hb Jan 2015.
Tuan ada info tak? haraf dapat kongsi. Confius saya.

TQ

Raja Iskandar Shah said...

Wa'alaikumsalam. Pendaftaran masuk ke asrama pada Isnin, 12 Jan 2015. Dan kelas akan bermula pada Selasa, 13 Jan 2015. Boleh juga rujuk pada Facebook MRSM Parit https://www.facebook.com/pages/MRSM-Parit/484290091581858

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tuan ada info jadual balik bermalam 2015.

tq