Google Website Translator Gadget

Sunday, June 15, 2014

Kecacatan Algoritma Sistem Tempahan Malaysia Airlines (MAS) Antara Sebab MAS Rugi.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan kerugian RM 1.7 billion bagi tahun 2013. Banyak sebab bagi kerugian berkenaan dan juga cadangan penyelesaian telah diketengahkan.

Pada pendapat saya, antara sebab adalah kadar tambang yang murah sehingga menyebabkan pendapatan tidak dapat menampung kos syarikat. Dalam tugas saya di pejabat, saya dapati kadar tambang MAS seringkali adalah lebih murah jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain bagi laluan domestik. Sehinggakan saya telah tetapkan polisi di syarikat supaya menempah tiket MAS bagi semua penerbangan domestik dan hanya bila tiket MAS sudah tiada boleh memilih syarikat penerbangan Malindo, AirAsia, atau Firefly. Polisi ini dianggarkan telah menjimatkan purata RM 200 bagi setiap penerbangan.

Bagi kami, semua tempahan dan perbandingan harga dibuat melalui sistem tempahan tiket online syarikat penerbangan masing-masing. Sistem online MAS seolah terdapat kecacatan atau kelemahan prosedur dimana seringkali lebih murah dari sistem-sistem lain.

Saya telah menggunakan teknik ETL yang dapat mengautomasikan pengambilan data dari sistem online untuk mendapatkan harga tambang bagi beberapa penerbangan domestik dan disenaraikan dalam jadual berikut. Harga AirAsia telah ditambah RM30 untuk bagasi dan ditambah RM4 untuk caj pembayaran melalui kad debit, tetapi tidak termasuk harga makan.

Syarikat
Penerbangan
Tarikh
Harga
MAS
KUL-AOR
23. Jun. 2014
120
AirAsia
KUL-AOR
23. Jun. 2014
73
Firefly
SZB-AOR
23. Jun. 2014
89
Malindo
SZB-AOR
23. Jun. 2014
109
MAS
AOR-KUL
27. Jun. 2014
145
AirAsia
AOR-KUL
27. Jun. 2014
123
Firefly
AOR-SZB
27. Jun. 2014
109
Malindo
AOR-SZB
27. Jun. 2014
109
MAS
KUL-BKI
23. Jun. 2014
220
AirAsia
KUL-BKI
23. Jun. 2014
239
Malindo
KUL-BKI
23. Jun. 2014
199
MAS
BKI-KUL
27. Jun. 2014
220
AirAsia
BKI-KUL
27. Jun. 2014
236
Malindo
BKI-KUL
27. Jun. 2014
199
MAS
KUL-LBU
23. Jun. 2014
240
AirAsia
KUL-LBU
23. Jun. 2014
253
MAS
LBU-KUL
27. Jun. 2014
210
AirAsia
LBU-KUL
27. Jun. 2014
293

Mengikut jadual berkenaan, didapati:

  1. Bagi laluan Kuala Lumpur dan Alor Setar, harga MAS adalah tertinggi bersesuaian sebagai syarikat penerbangan premier berbanding AirAsia, Firefly dan Malindo.
  2. Bagi laluan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pula, harga MAS adalah lebih rendah berbanding dengan harga AirAsia. Harga AirAsia tidak termasuk makan,
  3. Bagi laluan Kuala Lumpur dan Labuan, harga MAS juga adalah lebih rendah berbanding dengan harga AirAsia. Harga AirAsia tidak termasuk makan,

Dari pemerhatian ini, saya mencadangkan supaya algoritma sistem tempahan MAS ditambah baik untuk mengambil kira:

  1. Faktor masa. Sebagai contoh penerbangan yang mengambil masa 150 minit (seperti BKI-KUL) sepatutnya 2.5 ganda dari penerbangan 60 minit (seperti AOR-KUL).
  2. Faktor persaingan. Sebagai contoh laluan LBU-KUL tidak mempunyai persaingan selain AirAsia dan tidak mempunyai banyak penerbangan, dan sepatutnya lebih mahal dari laluan BKI-KUL.
  3. Faktor premier. Sebagai syarikat penerbangan premier, harga tambang MAS tidak sepatutnya lebih murah dari AirAsia terutamanya yang tidak mempunyai sajian makan.

Juga saya mencadangkan MAS menggunakan teknik ETL, seperti yang saya gunakan, serta perisian statistik bagi menganalisa persaingan harga pada semua laluannya. Kepakaran tempatan boleh melaksanakannya tanpa bergantung kepada kepakaran dan perisian asing yang berharga jutaan ringgit.

Rujukan:
  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140221/dn_21/Rugi:-Tindakan-MAS-guna-kepakaran--asing-dipersoal 



No comments: