Google Website Translator Gadget

Sunday, August 31, 2014

Proton Global Small Car : Perbandingan Harga Kereta di Thailand

Salam Ulangtahun Kemerdekaan Malaya.

Pada hari ini syarikat Proton telah mengetengahkan model kereta terbaharunya melalui laman web http://www.betulbetulonz.com.my/ . Model kereta ini sebagai produk Proton untuk pasaran Global Small Car (Kereta Kecil Global). Tahniah kepada Proton kerana menghasilkan model baharu ini.

Menurut laman sesawang pemotoran http://paultan.org/ , model terbaharu dari Proton ini adalah dalam kategori Hatchback dan akan mempunyai transmisi manual dan automatik. Ianya pada segmen B menyaingi model Perodua MyVi. Proton memaklumkan kepada media model ini akan menggunakan enjin berkapasiti 1.3 dan 1.6 yang dibangunkan Proton, serta menggunakan teknologi VVT (variable valve timing). Harga belum dimuktamadkan, tetapi terdapat andaian ianya sedikit lebih mahal dari model Perodua MyVi disebabkan ciri-ciri yang ditawarkan pada model ini.

Model Perodua MyVi enjin berkapasiti 1300 cc dipasarkan di Malaysia pada harga dari RM 41,936 untuk transmisi manual dan dari RM 44,936 untuk transmisi automatik. Manakala model Proton Saga enjin berkapasiti 1300 cc dipasarkan pada harga dari RM 33,938 untuk transmisi manual dan dari RM 36,938 untuk transmisi automatik CVT. Walaupun harga Proton Saga adalah RM 8,000 lebih rendah dari Perodua MyVi, tetapi jualan MyVi melebihi jualan Proton Saga.

Sebagai sebuah model yang dilabelkan Global Small Car, Proton akan mensasarkan pasaran antarabangsa bagi model ini. Kebiasaannya pasaran serantau akan menjadi sasaran awal untuk menembusi pasaran antarbangsa. Pada artikel blog ini, perbandingan telah dibuat untuk pasaran kereta di Thailand, iaitu pasaran kereta kedua terbesar serantau ini selepas Malaysia.

Jadual Perbandingan Harga Kereta di Thailand


Terdapat 13 model dan variasi bagi kategori hatchback di pasaran Thailand dengan harga dalam lingkungan RM 38,370 sehingga RM 49,023. Purata harga adalah RM 42,932. Untuk makluman jenama Perodua dan Daihatsu tidak terdapat di pasaran Thailand. Sekiranya Proton memasuki pasaran Thailand dengan model baharu ini, ianya akan bertentangan dengan saingan yang lebih kompetitif dan lebih hebat dari pasaran Malaysia.

Sebagai perbandingan, pada pasaran Thailand hanya terdapat 6 model dan variasi dari jenama lain bagi kategori sedan dengan harga dalam lingkungan RM 42,316 sehingga RM 48,234. Purata harga adalah RM 45,603. Jenama Proton turut dipasarkan di Thailand dan harga model Proton Saga adalah lebih rendah berbanding dengan saingannya dalam kategori sedan dan hatchback.

Menerusi analisa ini, model Proton Saga menampakkan sebagai model sebenar untuk Proton menembusi pasaran Global Small Car dari segi harga. Namun faktor lain seperti kualiti, sokongan selepas jualan dan promosi mungkin menyebabkan jualan kereta Proton menjadi hambar.

Proton mungkin mempunyai sebab tertentu untuk menghasilkan model baharu ini dalam kategori hatchback, tetapi pengalaman kegagalan model Proton Tiara dan Proton Savvy dalam kategori ini, meyakinkan saya Proton telah membuat kesilapan dalam keputusannya untuk mengenalkan model baharu ini. Sebaliknya Proton sepatutnya memperbaiki model-model sediaada, terutamanya Proton Saga, untuk menembusi pasaran global.


Rujukan:
  1. Laman sesawang http://www.betulbetulonz.com.my/ pada 31 Ogos 2014
  2. Muka sesawang http://paultan.org/2014/08/31/proton-compact-car-first-full-body-photo-released/ pada 31 Ogos 2014
  3. Laman sesawang http://www.siamnewcar.com/home_en.php pada 31 Ogos 2014
  4. Muka sesawang http://www.nst.com.my/node/25824 pada 23 Ogos 2014
  5. Laman sesawang http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi/price pada 31 Ogos 2014
  6. Laman sesawang http://www.protonthailand.com/index.php?action=saga_price&lang=en pada 31 Ogos 2014

1 comment:

Anonymous said...

this is good