5 Larian Marathon Paling Popular di Malaysia, 2017

Acara larian marathon sejauh 42.2km semakin mendapat ramai penyertaan di Malaysia. Setiap acara mempunyai identiti tersendiri dengan lokasi, laluan, masa bermula dan suasana yang berbeza-beza. 5 acara marathon sepanjang tahun 2017 yang paling popular dari segi bilangan penyertaan adalah :

1. Standard Chartered KL Marathon : dianggap sebagai acara marathon paling premier di Malaysia. Diadakan di ibukota Kuala Lumpur, sebahagian besar pusat bandar ibukota ini memberi laluan kepada acara premier tahunan ini. Ringkasan keputusan larian SCKLM 2017 di sini.


2. Penang Bridge International Marathon : menawarkan larian paling jauh di atas jambatan, bukan sahaja di Malaysia atau Asia, malah seluruh dunia. Penang juga mempunyai berbagai tarikan yang dapat memenuhi citarasa pengunjung.


3. Borneo International Marathon : diadakan di Kota Kinabalu menarik pelari marathon Malaysia dengan keindahan Laut Cina Selatan, bayangan Gunung Kinabalu dan pembangunan bandar moden di kepulauan Borneo.


4. Twincity Marathon : merentas koridor multimedia Cyberjaya dan pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya. Ianya menjadi pilihan pelari kerana amat bermurah dengan tempoh masa 8 jam yang diberikan dan sajian makanan sepanjang laluan dan garisan penamat.


5. Kuching Marathon : merupakan antara acara marathon paling popular untuk mendapatkan rekod masa peribadi terbaik. Larian bermula pada 1:00 tengah malam menjurus laluan yang paling kurang kedakian.


Berikut adalah senarai acara larian yang menawarkan kategori marathon 42.2km sepanjang 2017 di Malaysia, serta bilangan pelari yang telah menamatkan larian.

Comments