Senarai Larian Marathon di Malaysia, 2018

Berikut adalah senarai acara larian marathon sejauh 42km di Malaysia yang telah berlangsung atau diumumkan sepanjang tahun 2018.



1. Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) : acara larian terbesar di Malaysia dengan 38,000 pendaftaran bagi jarak 42km, 21km, 10km, 5km (fun run), 3km (Kids Dash) dan 1km (Kids Dash). Satu-satunya larian jarak 42km di ibukota Malaysia dengan pemandangan bangunan-bangunan metropolitan dari sejarah kolonial sehingga pencakar langit moden. Bagi tahun 2018, seramai 8,450 pelari marathon telah berjaya menamatkan larian mereka dalam tempoh masa 7 jam 15 minit yang ditetapkan. Ringkasan keputusan larian acara Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2018 boleh dibaca di sini.



2. Twincity Marathon : pembuka tirai bagi tahun 2018 dengan laluan merentas koridor multimedia Cyberjaya dan pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya. Ianya menjadi pilihan pelari kerana amat bermurah dengan tempoh masa 8 jam yang diberikan dan sajian makanan sepanjang laluan dan garisan penamat. Bagi tahun 2018, seramai 1,674 pelari marathon telah menamatkan larian mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ringkasan keputusan larian acara Twincity Marathon boleh dibaca di sini.

Bagi perbanding acara larian marathon sepanjang tahun 2017, sila rujuk http://www.pak-engku.my/2018/01/5-larian-marathon-paling-popular-di.html 

Comments

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.