Ringkasan Keputusan Larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2018

Acara larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) edisi 2018 telah berlangsung pada hari Ahad, 8 April 2018 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. SCKLM merupakan acara larian yang terbesar di Malaysia dengan 38,000 pendaftaran bagi jarak 42km, 21km, 10km, 5km (fun run), 3km (Kids Dash) dan 1km (Kids Dash).


SCKLM adalah satu-satunya larian jarak 42km di ibukota Malaysia dengan pemandangan bangunan-bangunan metropolitan dari sejarah kolonial sehingga pencakar langit moden. Pengurusan larian ini juga telah dipuji sebagai yang terbaik di Malaysia.

Bagi tahun 2018, seramai 8,450 pelari marathon 42km telah berjaya menamatkan larian mereka dalam tempoh masa 7 jam 15 minit yang ditetapkan. Manakala 10,528 pelari bagi jarak 21km, dan 11,615 bagi jarak 10km. Berikut adalah ringkasan keputusan larian berkenaan:



Bagi perbandingan ringkasan keputusan bagi tahun 2017 sila rujuk : http://www.pak-engku.my/2018/03/ringkasan-keputusan-larian-standard.html

Comments