Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018: Ringkasan Keputusan Larian

Acara Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2018 telah berlangsung tepat pada detik tengah malam hari Sabtu, 8 September 2018 bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Acara larian ini menawarkan jarak larian marathon 42.2km, half marathon 21.1km, 12km, 8km dan 5km.



Bagi tahun 2018, seramai 395 pelari telah berjaya menamatkan jarak marathon 42.2km dalam tempoh masa 6jm 30min, 1.439 pelari bagi jarak half marathon 21.1km dalam tempoh 4jam 30min, 1,358 bagi jarak 12km dalam tempoh 2jam 45min. Berikut adalah ringkasan keputusan larian berkenaan :


Acara Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud adalah satu daripada hanya dua larian marathon yang diadakan di pantai timur semenanjung Malaysia sepanjang tahun 2018. Bagi perbandingan dengan lain-lain acara marathon di Malaysia, sila rujuk pada halaman web : http://www.pak-engku.my/2018/02/senarai-larian-marathon-di-malaysia-2018.html


Comments