Putrajaya Running Buddies Challenge September 2018

Putrajaya Running Buddies Challenge bagi tempoh 3 September 2018 hingga 30 September 2018.



Putrajaya Running Buddies Challenge ini berdasarkan rekod larian pada Strava Club: https://www.strava.com/clubs/putrajaya-running-buddies . Susunan bagi setiap Buddies Team adalah seperti berikut :
  1. 3 Team terbaik pada Liga Super dari tempoh sebelumnya akan dikekalkan dalam Liga Super
  2. 3 Team terbaik pada Liga Buddies dari tempoh sebelumnya akan dinaikkan ke Liga Super
  3. 100 pelari lain yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi tempoh sebelumnya akan disusunkan berdasarkan ranking di Liga Buddies

Data akan dikemaskini setiap hari Rabu berdasarkan Strava Club Leaderboard mingguan yang akan menyenaraikan 100 pelari yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi minggu berkenaan.

Selamat berkenalan dengan rakan Team Buddies anda !

Keputusan Muktamad

Tahniah kepada kesemua 26 team yang telah mencatatkan lebih dari 12,000km sepanjang tempoh 4 minggu. Team E (616.40km), team C (556.10km) dan team A (548.60km) kekal pada Liga Super, manakala team I (818.60km), team J (704.70km) dan team N (595.00km) melonjak naik ke Liga Super dari Liga Buddies. Team pada Liga Super akan kekal dengan rakan team.


Comments