MLNG Jewel Marathon 2018 : Ringkasan Keputusan Larian

Larian MLNG Jewel Marathon buat julung kalinya telah berlangsung pada jam 1:00 tengah malam, hari Sabtu, 29hb September 2018 bertempat di Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak. Acara larian ini menawarkan jarak larian marathon 42.2km, half marathon 21.1km, 10km, fun run 5km dan Kids Dash 1km. Maklumat lanjut mengenai acara larian ini boleh didapati di laman web http://jewelmarathon.com/


Bagi tahun 2018, seramai 258 pelari telah berjaya menamatkan jarak larian marathon 42.2km dalam tempoh masa yang ditetapkan, 556 pelari bagi jarak half marathon 21.1km dan 500 pelari bagi jarak 10km. Berikut adalah ringkasan keputusan larian berkenaan:


Pelari yang berjaya menamatkan larian menerima pelbagai saguhati goodie bag dari pihak penganjur. Bagi perbandingan dengan lain-lain larian marathon di Malaysia sepanjang tahun 2018, sila rujuk ke halaman web http://www.pak-engku.my/2018/02/senarai-larian-marathon-di-malaysia-2018.html

Comments