Putrajaya Running Buddies Strava Challenge November 2018

Putrajaya Running Buddies Strava Challenge bagi tempoh 5 November 2018 sehingga 2 Disember 2018.



Putrajaya Running Buddies Strava Challenge ini berdasarkan rekod larian pada aplikasi mobile Strava Club : https://www.strava.com/clubs/putrajayabuddies . Susunan bagi setiap Buddies Team adalah seperti berikut :
  1. 3 team terbaik pada Liga Super dari tempoh sebelumnya akan dikekalkan dalam Liga Super;
  2. 3 team terbaik pada Liga Buddies dari tempoh sebelumnya akan dinaikkan ke Liga Super;
  3. 100 pelari lain yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi tempoh sebelumnya akan disusunkan pada Liga Buddies berdasarkan ranking individu.
Data akan dikemaskini setiap hari Rabu berdasarkan Strava Club leaderboard mingguan yang akan menyenaraikan 100 pelari yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi minggu berkenaan.

Selamat berkenalan dengan rakan Team Buddies anda !

Keputusan Muktamad
Tahniah kepada kesemua 26 team yang telah mencatatkan 13,638km sepanjang tempoh 4 minggu. Team F (878km), Team A (867km) dan Team B (577km) kekal bersaing pada Liga Super, manakala Team W (763km), Team Y (724km) dan Team H (682km) naik ke Liga Super dari Liga Buddies. Team pada Liga Super akan kekal bersama rakan team.

Comments