Liga Putrajaya Running Buddies Januari 2019

Liga Putrajaya Running Buddies Strava Club bagi tempoh 31 Disember sehingga 27 Januari 2019.

Presint 18 parkrun, Putrajaya. 1 Januari 2019. Photo Suria Kencana

Liga Putrajaya Running Buddies Strava Club ini berdasarkan rekod larian pada aplikasi mobile Strava Club : https://www.strava.com/clubs/putrajayabuddies .

Susunan bagi setiap Buddies Team adalah seperti berikut :
  1. 3 team terbaik pada Liga Super dari tempoh sebelumnya akan dikekalkan dalam Liga Super; 
  2. 3 team terbaik pada Liga Buddies dari tempoh sebelumnya akan dinaikkan ke Liga Super; 
  3. 100 pelari lain yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi tempoh sebelumnya akan disusunkan pada Liga Buddies berdasarkan ranking individu. 
Data akan dikemaskini setiap hari Rabu berdasarkan Strava Club leaderboard mingguan yang akan menyenaraikan 100 pelari yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi minggu berkenaan.

Selamat berkenalan dengan rakan Team Buddies anda !

Keputusan Muktamad

  1. Tahniah kepada semua team yang berjaya mengumpul 14,023km untuk Liga bulan Januari 2019.
  2. Team A, Team E dan Team D berjaya kekal di Liga Super untuk bulan Februari
  3. Team Z, Team G dan Team P akan turut bersaing di Liga Super untuk bulan Februari
  4. Team H, Team N, Team Q, Team X dan Team Y akan bersama di Liga All Stars baharu untuk bulan Februari
  5. Baki 15 Team untuk Liga Buddies bulan Februari akan dipadankan berdasarkan jarak larian individu tertinggi pada Liga bulan Januari.


Comments