Liga Putrajaya Running Buddies Jun 2019

Liga Putrajaya Running Buddies Strava Club untuk tempoh 3 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019

Liga Putrajaya Running Buddies Strava Club ini berdasarkan rekod larian pada aplikasi mobile Strava Club : https://www.strava.com/clubs/putrajayabuddies .


Susunan bagi setiap 26 Buddies Team adalah seperti berikut :
  • 3 team terbaik pada Liga Super dari tempoh sebelumnya akan dikekalkan dalam Liga Super; 
  • 3 team terbaik pada Liga Buddies dari tempoh sebelumnya akan dinaikkan ke Liga Super; 
  • Team yang mana kesemua ahli team berjaya menduduki 100 tempat teratas pada Leaderboard mingguan sepanjang tempoh sebelumnya akan mengisi Liga All Stars; 
  • Baki dari 26 Team akan disusunkan secara individu berdasarkan ranking jarak larian tertinggi bagi tempoh sebelumnya ke Liga Buddies. 
Data akan dikemaskini setiap hari Rabu berdasarkan Strava Club leaderboard mingguan yang akan menyenaraikan 100 pelari yang telah mengumpulkan jarak larian tertinggi bagi minggu berkenaan.

Strava leaderboard hanya memaparkan 100 pelari yang mengumpulkan jarak larian tertinggi, ini bermaksud pelari yang tercicir dari leaderboard akan dikira sebagai 0 untuk jarak larian minggu tersebut.

Selamat berkenalan dengan rakan Team Buddies anda !

Keputusan Muktamad
  1. Tahniah kepada semua Team yang telah mengumpul 12,514km bagi liga bulan Jun 2019.
  2. Team X (755km), yang dianggotai Terence Lai, Al Rumie, Yuna Choi, Alvin Ng, and Hisyam Muhammad, menjuarai Liga untuk bulan Jun 2019, dan akan menyertai Liga Super bagi bulan hadapan.
  3. Team B (724km), Team F (620km) dan Team A (589km) mengekalkan kedudukan mereka dalam Liga Super bagi bulan hadapan.
  4. Team H (657km) dan Team L (649km) turut layak ke Liga Super bagi bulan hadapan.
  5. Team O (600km), Team V (569km), Team R (523km), Team Z (453km), Team Y (268km) dan Team U (266km) layak ke Liga All Stars bagi bulan hadapan.
  6. Baki 14 team untuk Liga Buddies bagi bulan hadapan akan dipadankan dari 70 individu yang merekodkan jarak larian tertinggi dalam tempoh bulan ini.

Comments